"Akak, kejutkan saya qiyam yer"
Hana, adik seperjuangan yang sama-sama baru bergerak dalam jalan ini berpesan kepada saya. Jumaat lalu, kami sehari suntuk merangka kehidupan kami di tahun 2010. Kami senaraikan perkara-perkara yang harus kami lakukan pada tahun ini. Ini juga boleh kami kata sebagai azam tahun baru untuk menjadi lebih baik. Dari Ayat hafazan hinggalah qiyam dan puasa. Kami senaraikan dan plan secara realistik.
"Hana, akak rasa tak boleh la nak hafal juz amma dalam masa 2 bulan lebih. Dah tua, otak berkarat!"
"Ala Kak mimi ni, akak boleh la...kita kena berusaha kak!"
Hana memberi kata-kata semangat.
"Untuk bacaan buku, setiap bulan kita bincang satu buku dengan syarat kita kena habiskan buku tu. Buku sirah nabawiyah ni kita kena baca selalu.setakat mana kita baca, kita masing-masing update weekly"
"Ala kak mimi..tebal la buku ni..tak tahu sempat baca ke tidak"
"Ala Hana, boleh jer..chaiyok! chaiyok!"
Begitulah kami sepanjang hari. Saling memberi semangat antara satu sama lain. Betapa pentingnya support dari sisters ini untuk kita terus thabat dalam jalan ni. Begitu juga ku lihat adik-adik usrah ku di sini. Paling sweet aku rasa 4 orang adik yang baru balik PMS. Malam hari kami berbuka puasa asyura hari tu, masing-masing membuat curahan hati. Bagaimana mereka sangat-sangat memerlukan bantuan dan support sesama mereka. Masing-masing mengingatkan satu sama lain supaya sentiasa 'calling-calling' untuk memastikan diri tidak futur.Ku lihat perubahan demi perubahan dalam dalam diri mereka. Perubahan semakin baik.Perubahan positif! Ya Allah besar nya kuasa Mu!
Namun jauh di sudut hati, aku teringatkan seseorang yang jauh di Malaysia Timur sana. Ku tahu betapa adik itu sedang berdepan dengan pergelutan hati sendiri. Aku cuba menolongnya. Namun hanya dia sendiri yang dapat menentukan perubahan dalam dirinya. Aku berdoa semoga Allah tenangkan hatinya, tunjukkan jalan untuk dirinya.Tidak berniat pun untuk berhenti membimbingnya.Cuma masa itu sungguh cemburukan diri ini.
Diri masih dalam proses membaiki amalan. Masih terkial-kial menyusun hidup dengan jadual baru yang agak padat. Banyak yang aku terlepas pandang. Hatta, housemate sendiri pun selalu ditinggal.Jemputan ke rumah oleh rakan-rakan pun banyak tak dapat dipenuhi.Tapi aku yakin, selagi aku masih dalam madrasah tarbiyah ini, hidup ku akan terus tersusun dengan cantik.
Mereka yang tidak berada di jalan tarbiyah ini tidak akan dapat rasa apa yang aku rasa. Ukhuwah yang dibina atas dasar cinta pada Allah. Ukhuwah yang dibina ini buat aku rasa tenang. Setenang-tenangnya.
To all sisters...Uhibbukifillah! Teruskan support each other okay! we never walk alone!
p/s: Perbualan dengan hana itu telah di 'alter' sket tetapi masih mengandungi maksud yang sama.Oh..sapa nak plan setahun kami (mutabaah amal) boleh email saya.Boleh jer nak kongsi....
Comments
byk jugak surah 'amma yg kay dh lupa... kena ulangkaji balik la rasanya... thanx mimi!
mimi, kay nak plan mimi utk 2010 ni.. TQ! tufulah@gmail.com
adik 'cassandra' nanti time usrah akak bg la.. :P
malu jer la nak bagi kat awak..
ni tahmidi nyer mutabaah amal..huhuhu
sara,
awak punya kita plan lepas awak habis okey? kita plan sama2..insyaAllah..
rindu kamu semua..huhu..
sayang akak...
malunya...:)