Doa..doa..doa..

Bismillah..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Berakhir sudah satu acara besar yang dianjurkan oleh komuniti melayu di sini. Secara tidak langsung saya terlibat dengan sebagai ajk pendaftaran yang sudah tentunya sangat sibuk di hari pertama. Naik turun tangga dari bilik seminar ke bilik sekretariat entah berapa kali pun saya tak tahu.Ajaibnya, langsung tidak rasa kepenatan itu. Hati rasa gembira sahaja buat segala kerja yang patut dibuat.

Selama 2 hari ini, banyak perkara saya pelajari. Bersyukur kerana Allah mencorakkan perjalanan hidup ini dengan pelbagai warna yang akhirnya Allah mahu diri melihat  sekeliling, mencari-cari sesuatu yang boleh mengingatkan diri sendiri.Pelbagai ragam manusia yang dapat saya lihat. Banyak perkara yang boleh dijadikan teladan.Dari kesungguhan Mama Eda sebagai pengarah, yang sebak ketika memberi ucapan penghargaan kepada ajk2nya (saya tak boleh tgk orang menangis, terus keluar dari bilik tu sebab takut tertumpah airmata juga), warga glasgow yang masing-masing saling membantu, ada juga benda-benda yang tak best berlaku (tapi patut dijadikan pengajaran) dan juga yang paling best adalah sesi terakhir bersama Prof Kamil. Sudah lama mengikuti blog Prof Kamil. Saya juga sudah membeli buku Travelog Haji nya. Menangis-nangis (ratu air mata!) ketika buku itu dibaca. Terasa sangat-sangat mahu ke 'sana'. Buku itu kemudian saya hadiahkan kepada Mama supaya mama juga bersemangat hendak ke rumah Allah itu.

Rupanya, dengar dari mulut penulis sendiri lagi terasa 'feel' nya daripada membaca. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk mendengar 'talk' dari Prof Kamil di sini. Sangat-sangat terkesan di hati pada setiap doa yang dibacakan oleh Prof. Beberapa kali mengesat airmata yang mengalir di pipi. Prof Kamil mengingatkan kami tentang kekuatan doa. Isterinya, berdoa 6 tahun untuk bersama menunaikan fardu haji bersama sebelum doa itu termakbul. Adiknya berdoa 2 tahun. Prof sendiri sememangnya banyak berdoa dan alhamdulillah, doa-doanya dimakbulkan. Prof juga ingatkan mengenai bangun solat disepertiga malam. Yang mana , pada malam itu, jika hambaNya memohon kepadaNya..akan dimakbulkan permohonan itu InsyaAllah.


 
"Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Karena itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran".
(Al-baqarah:186)

Saya berdoa pada Allah semoga dipermudahkan jalan saya ke rumahNya. Alhamdulillah, proses pertama sudah dilakukan...menunggu untuk proses seterusnya. Doakanlah semoga dimudahkan! Saya juga ingin menjadi 'tetamu istimewa' di rumah Allah. InsyaAllah.

p/s: To Mama, keep on berdoa...and your daughter never failed  berdoa for both of you.InsyaAllah..

Comments

fizz said…
Kak Mimi,

Akak dpt jumpa Prof Kamil eks? bertuahnya..sy hanya dpt bc bukunya sahaja..berderu-deru limpahan air mata keluar, baca buku tue mmg terus rs nak ke sana kan...

mcm mn PhD akak? sy doakan akak berjaya eks di sana...mari kita sama2 teruskan berdoa kepada-Nya
Mimiamilia said…
salam fiza,

aah jumpa prof. prof dtg sini bg ceramah n wife dia ada present paper.
phd still berjln dgn smooth ..ada bumpy2 sket tp biasala tu kan