Paintball

Hari ini hujan hampir sepanjang hari dari pagi hingga ke malam. Sejuk mengigit tulang. Tapi hujan sentiasa membawa rahmat Tuhan. Hari ini bersama geng pergi bermain paintball. Semangat! hujan tak hujan kami redah juga. Namanya pun perempuan, alahai...semuanya lemah gemalai je nak siap pakai baju & mask bersiap sedia bertempur.

Tapi masing-masing terkorban di medan perang. Masuk jer waktu tengahari, kami berpakat untuk cabut lari dari medan perang. Alasannya, bilangan kami sudah berkurangan (ada sisters kena balik awal sebelum tu). Lagipun, sudah kurang 'fun' nya bila kami di campur dengan geng omputih yang tidak dikenali. Kami juga sudah kehabisan peluru. Dan alasan yang paling boleh pakai sekali adalah kerana waktu Zohor sudah menjelang dan game masih banyak lagi sedangkan waktu sembahyang sangat singkat di kala winter time ini.

Kesimpulannya, weekend ni rasa gembira. Hidup makin terurus. Makin tenang. Makin gembira.

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

Aminnnn!

Comments

ilahS said…
wah........................
bestnya.. berapa banyak musuh yang you tumbangkan??
Mimiamilia said…
ntah..i tertumbang ada la :D