Buruk sangka I

Kita manusia memang sering timbul perasaan buruk sangka dalam hati. Hati saya pun  tidak dinafikan selalu  terbit perasaan buruk sangka pada orang. Astagfirullah!! Buruk sangka kepada manusia lain itu selalunya datang dari hati yang telah dicemari dengan rasa cemburu, dengki dan iri hati. Buruk sangka pada Allah datang daripada kelemahan iman, tidak yakin dan kurangnya ilmu agama. Ya Allah, masih ada titik hitam di dalam hati ni sampai ada terburuk sangka pada orang...Astagfirullah..astagfirullah..

Ingin saya kongsikan bersama perihal buruk sangka ini agar dapat memberi pengajaran kepada diri sendiri. Dalam Al Quran, Allah ada menyebut perihal persangkaan atau pun 'dzhon' dalam surah favourite saya, Surah al-Hujurat dalam ayat 12,

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya; Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"

Cantikkan ayat-ayat cinta Allah itu? Allah dah  bagitau kita supaya jauhkan diri daripada berprasangka terutamanya berprasangka buruk kerana ia adalah satu dosa. Satu dosa! satu titik hitam dalam hati..tak tambah dosa-dosa yang lain lagi. Berapa banyak la titik hitam dalam hati sehingga gelap gelita hati kita. Aduh!!

Cuba bayangkan, satu hari ni ada seorang hamba Allah telah menghubungi kita meminta bantuan. Dia nak datang belajar di sini, jadi dia minta tolong carikan rumah. Kita ni yang baik hati pun bersusah payah la mencari rumah, dan berjaya menghubungi seorang rakan yang lain yang kebetulan nak cari housemate. Kita pun dengan gembiranya memberi 'contact number' kawan kita kepada hamba Allah itu.

Sampai waktu dia datang belajar di sini, kita terserempak dengan hamba Allah itu. bersama kawan kita. Kawan kita yang telah menjadi housemate dengan hamba Allah ni, memperkenalkan kita pada hamba Allah tersebut. Kita pun excited la sebab jumpa dengan orang yang kita telah tolong. Hamba Allah tu hanya angguk dan salam tetapi tidak berkata apa-apa. Wahhh!!..kita yang mula-mula tadi excited terus semangat jatuh merudum. Terus berburuk sangka."Ceh! tak cakap terima kasih pun padahal aku dah tolong dia. Takde adab langsung!!"

Hal tersebut telah kita bagitau pula kepada kawan kita yang lain. " Kau tahu tak, hamba Allah ni bukan nak berterima kasih pada aku padahal aku dah tolong dia.Boleh buat dekkk jer dengan aku bila org introduce dia dgn aku." Maka, kawan kita pun sudah mempunyai sangkaan yang buruk kepada hamba Allah itu. Dan kawan kita pula telah menghebahkan kepada orang lain. Dan akhirnya, ramai la orang tidak mahu berkawan dengan hamba Allah ni disebabkan sangkaan bahawa dia seorang yang sombongdan tidak beradab. Kesian tak? Hakikatnya, hamba Allah ni sebenarnya orang yang sangat blur. Bukan dia tak mahu berterima kasih. Cumanya dia ni tak ada skill dan bergaul dengan orang. Lagipun waktu hari diperkenalkan tu, hamba Allah ni baru sahaja sampai dan masih dalam keletihan. Jadi, dia ni takleh nak ingat siapakah org yang diperkenalkan itu. Memang blur dan tak cukup tidur.

Tapi lihatlah, sebab buruk sangka, telah menjadi umpatan dan seterusnya menjadi fitnah. Dari sangkaan dalam hati terus berubah menjadi sesuatu yang lebih buruk.Terukkan penangan sangkaan buruk ni?

Kadang-kadang kita pun selalu bersangka buruk apabila ada orang tiba-tiba berubah menjadi baik.Ataupun tiba-tiba ada orang buat baik dengan kita. Hati ni sering jer akan terlintas "Mesti ada udang disebalik batu!"  atau pun "Ala, dia tu hangat-hangat taik ayam jer. Hari ni berubah, esok jadi jahat balik" Padahal, orang tersebut ikhlas nak buat baik dengan kita dan ikhlas juga untuk berubah. Disebabkan kita pun tak ubah-ubah, masih duk di takuk yang lama, maka bila kita lihat orang berubah menjadi baik, kita pulak dengki dia jadi lebih baik dari kita.

Pernah tak kita berburuk sangka dengan orang yang pakai dedah-dedah, yang 'berhuha-hua ' dengan tak kira laki ke perempuan? Kita merasakan bahawa dia ni tak boleh nak jadi baik. Buruk sangka sungguh kan? Akhirnya kita pun tak mahu dekat dengan mereka. Lebih teruk lagi, kita terus tak ajak dia untuk buat baik.

Hei! kita ni tidak boleh nak 'predict' what will happen in the future. Ntah-ntah, minah yang dedah2 tu suatu hari Allah campakkan hidayah kepada dia, dia menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari kita. Kita tak tahu! Hanya Allah sahaja yang tahu. Dan siapa tahu, kalau kita mendekati dia, kita telah membantu dia untuk menjadi orang yang lebih baik. siapa tahu yang sebenarnya dia sedang menunggu-nunggu seseorang untuk membantunya berubah. Siapa yag tahu????

Sesungguhnya, untuk mengubat sangkaan buruk itu, hendaklah engkau menidakkan sangkaan itu. Jangan ubah sikap dan padangan kita terhadap seseorang menurut sangkaan kita. Bila hati terdetik sangkaan buruk, cepat-cepat menidakkannya! ubahnya jadi sangkaan yang baik.

Tetapi, jangan lupa...ada juga sangkaan buruk yang dibenarkan...

(akan bersambung...)


Comments

iu rf said…
nice entry...

awak.. mn p chat box kt ataih tuh..hihihi
huda said…
Kita memang senang nak terburuk sangka dengan orang kan...saya juga begitu....nak baca sambungan k.mimi

----;) Dah jumpa akhirnya blog k.mimi---
Mimiamilia said…
iu,
chatter box tu i simpan dlm stor
:P

Huda,
Welcome..:)
InsyaAllah kita akan cuba sama2 untuk tidak berburuk sangka pada org.
Anonymous said…
salam kak,
maaf baru berkesempatan menjenguk.
nice lah tulisan akak, sgt bermanfaat :)

ummi akan rajin datang sini.
selamat aidiladha kak walaupun lambat,
Mimiamilia said…
salam ummi,
tak perlu nak minta maaf kot :) nak menjenguk or not its up to the reader. mana yang bermanfaat drpd hasil lawatan boleh diambil.

salam aidiladha jugak..