Laksam ngelat

Macam biasala, cik mimi ni memang suka mengidam mengalahkan orang mengandung. Bezanya, dia tak mengandung dan kalau ngidam takde hubby nak pi tolong buatkan atau carikkan. Semuanya kena buat sendiri.

Untuk episod kali ini, cik mimi mengidam nak makan laksam. Walaupun baru sahaja pekena laksam sabtu lepas di Malaysia Fair. Laksam ni antara makanan kegemaran cik mimi. Tapi tak pernah buat sendiri pun.Jadi, hari ni adalah percubaan pertama buat laksam versi mengelat.Sebab apa ngelat..cuba tengok gambar ;


Disebabkan malas nak menggulung, so saya guna kuew teow jer.Hihihi..ikan pun malas la nak blender bagai.So, guna tuna dalam tin.Lepas tu malas nak buat sambal, jadi buh black pepper banyak sket bagi pedas.Tadaaa...jadilah laksam versi ngelat.Rasanya tak se kick rasa laksam biasa.Tapi boleh la masuk mulut ni.

Rupanya takder la susah nak buat kuah laksam ni.campak2 jerrr..

Glasgow makin panas.Masa ni adalah masa yang tak sesuai nak makan coklat.Sebab habis tangan2 semua coklat cair.Dah jadi macam makan cokelat kat Malaysia pula.



Habis 'berlemuih' bila makan cokelat. pssttt..coklat kat atas tu is my favourite.Cadbury Snack.Pernah gila makan cokelat tu sehari sampai 4 bungkus.satu bungkus ada 6 keping biskut cokelat.1keping ada 42 calories kali 6 sendiri kira la..pastu kali 4..Aktiviti makan cokelat mcm orang gila tu adalah amik dalam 2-3 minggu.Lepas tu rasa bersalah bila tengok penimbang berat.Huhuhu.

Sekarang kekonon nak reduce sugar intake..dan juga taknak makan junk food bnyk2.Takut gemoks satu hal, satu lagi takut dapat kencing manis la pulak.Isk! kena jaga kesihatan ni. Kena tunaikan hak badan kita supaya sehat.Badan ni kan satu amanah dari Allah..

Comments

Saidatul M. said…
laksam tu lau bwk balek MLYSIA sure laku!!!
resepi barula katekan..
hehe
areT said…
mimi tgh diet ke..kalau tgh diet, kuey tiaw tak di galakkan makan sgt, sbb berminyak:)
iu rf said…
mm.. giless la.. bile la i pekena laksam ni..nt.. jaga2 u.. :P
Mimiamilia said…
dya,
nak laku camner..resei asal lg estt

kak atie,
Takde la diet.kawal makan jgn over jer.kuew tiaw saya tu style yg segera.ala2 mihun...kena celur dulu.yang u pun ada minyak ek

iu,
resepi dah ada dlm kepala..apalgi..esok dah boleh buat.