"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (Al-'Alaq, 1-5)
Setahun lepas,
Ra*j: Apa yang awak buat masa peperiksaan selain baca buku?
Mimi: Saya berdoa pada Tuhan.Mintak Dia permudahkan urusan saya.Awak berdoa?
Ra*j: Tak perlu.Saya tengok cermin dan akan memuji-muji diri sendiri.Sebabnya, saya yang bersusah payah belajar.Hanya saya boleh menentukan lulus atau tidak dalam peperiksaan.So, i should praise myself.
Ra*j kawan saya berasal dari India. Dia seorang Hindu. Jawapan dia setahun lepas membuat saya tersenyum.Sesungguhnya ilmu itu semuanya datang dari Allah.Allah mencetuskan ilham pada manusia agar manusia dapat mempelajari ilmu Allah. Dengan izin Allah kita mempelajari sesuatu ilmu itu.
Bacalah! dan belajarlah! semoga kita dapat mengenali Tuhan dengan ilmu yang kita pelajari. Bukan semakin sombong dah takjub pada diri sendiri...
Salam Nuzul Quran...

Comments
fuh, pelik juga kawan akak tu
Arwah guru I pesan...
"Kenal diri rata-rata, nescaya kamu akan kenal Tuhan yang nyata..."
nak mengenal Tuhan, kene start dengan kenal diri sendiri dulu.. :D
salam nuzul Quran. Kita bersyukur kerana dengan sifat Rahman dan Rahim Allah, Allah kurniakan kepada kita Al-Quran... The miracle of miracles...