Israk dan Mikraj

Maha Suci (Allah), yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. ~ Al Isra', Ayat 1

Hari ini 27 Rejab, kita menyambut peristiwa teragung iaitu Israk dan Mikraj. Dari pembacaan saya terdapat perselisihan pendapat tentang tarikh sebenar perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh ini. Apapun, bukan tarikh yang kita pentingkan disini, tapi pengajaran dari perjalanan itu sendiri.

Pengajaran terpenting dari peristiwa ini adalah pelaksanaan solat 5 waktu yang telah difardhukan. Allah pada mulanya memfardhukan solat sebanyak 50 waktu. Namun ketka Rasulullah dalam perjalanan pulang, Baginda bertemu Nabi Musa A.S yang menasihatkan Baginda supaya meminta Allah mengurangkan waktu solah kerana meragui kemampuan umat baginda untuk melaksanakannya. Baginda kembali turun naik bertemu Allah hinggalah solat dikurangkan kepada 5 waktu.

Namun dengan 5 waktu itu, masih ada yang tidak mampu menunaikan dengan sempurna. Kita harus bersyukur, kerana solat adalah salah satu cara kita berhubung dengan pencipta kita. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah. Sesungguhnya, Solat itu satu pemberian dari Allah agar kita selalu mengingati Nya dan selalu berhubung denganya.

Semoga kita dapat sama-sama memperbaiki diri dengan sentiasa mengingati Allah. Semoga rahmat Allah bersama-sama kita semua. InsyaAllah...

Comments

Anonymous said…
betul2.. *angguk lemah*

ada ustaz cerita, yang israj mikraj itu adalah perjalanan Rasulullah daripada bumi straight kepada Allah s.w.t... dan hadiah baginda kepada umatnya adalah solat, supaya umatnya juga dapat 'israk mikraj' ke hadrat Allah s.w.t..

sbb tuh solat dikatakan sebagai "menghadap Allah".. :D
Anonymous said…
:D btol tuh..

sampaikan Nabi Musa jugak mintak dengan Allah untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW..tp tidak diperkenankan olehNya..

kita adalah antara umat yg tpilih sbb jd umat Rasullulllah.. :D jd Allah turunkan solat sebagai cara menghadap Allah.. :D
arsaili said…
salam...good sharing