Eid Mubarak

Salam Aidilfitri untuk semua. Kadatangan syawal tahun ini disambut dengan takbir di malam hari raya bersama ahli bait. Mungkin sudah biasa berjauhan dari keluarga, dan ini bukan syawal yang pertama tidak bersama mereka, hati ini tidak berasa begitu sayu jika dibandingkan tahun sebelumnya. Sesudah bertakbir, kami bergotong royong menyediakan juadah untuk esok hari. Juadah yang simple sahaja. Cuma ada nasi impit, kuah kacang, kuzi dan kek. Saya berjaga hingga pukul 2 pagi menyiapkan apa yang patut.

Solat Hari Raya di sini bermula sangat awal. Sudah beberapa tahun 'cuti' tak dapat tunaikan solat hari Raya. Tahun ini, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid Iman bersebelahan Flat kami. Berbeza dari Malaysia, kaum wanita di sini suka buat kecoh kat masjid.(sangat sangat kecoh) .Sebelum mula solat, dewan solat tu riuh dengan kaum wanita mesir berbual-bual antara satu sama lain. Semasa imam memberi khutbah pun mereka masih bising-bising didalam masjid.

Selepas bersolat Aidilfitri, kami berhari raya di rumah ustazah tempat saya belajar. Orang mesir sempoi jer beraya. Pakaian hari Raya mereka adalah pakaian sukan. Hehehehe..bukan apa, time raya ni diorang selalu pergi ke hadiqah(taman) bersama keluarga instead of melawat sanak saudara dan sahabat handai.

Selepas puas makan kuih raya di rumah ustazah, kami bergerak menuju ke Malaysian Hall. Memang ramai orang kat situ. Nampak macam budak perempuan medic yang ramai. Maybe yang lain dah dtg awal2 pagi. Ada sate, mee dan kuih muih. Perut dah kenyang makan di rumah. Saya langsung tak sentuh makanan di Malaysian Hall tu. Just berborak-borak dengan adik-adik yang baru dikenali dan mengambil gambar.

Hari ini adalah hari yang memenatkan tapi sangat gembira dapat berhari raya dengan yang lain-lain di sini. Semoga kawan2 berhari raya dengan gembira.


Comments

Achik_Sufi said…
salam,
semoga sihat selalu...camne beraya di mesir...ok.ke..?kirim salam kat semua orang mesir...he..he..

p/s: duit raye x deke...?
salam aidilfitri dari semenanjung hehehe
semoga bergumbira
Salam Mi,
akhirnya sy dh khatam baca semua kisah di mesir. tgh tggu kisah hri terkahir di cairo plak. seronoknye sempat beraya di bumi anbiya'. pelik plak bila tau yg wanitanye suka buat bising2 kt masjid. terbalik dgn msia. hehe. bestkan egypt walaupun agak kotor n trafficnye sgt teruk. nak gi egypt lg!
Azhar Ahmad said…
Ishhh gitu yek pompuan mesir. Kadang2 terfikir, pompuan kita lebih baik dari di sana. Borak-borak juga, tapi pelan pelan. Hummmpphhh