Traffic in Egypt

Hari ni, masuk hari ke 6. Hari Ahad di sini bukan public holiday. Saya pun tak bercuti lagi sejak datang sini. Setiap hari sibuk dengan kelas. Walaupun penat tapi rasa berbaloi dan seronok. Semalam ada kelas Quran dari pukul 5 pagi hingga 7 pagi. Lepas tu terus sambung kelas Arabic hingga pukul 11 pagi. Huhuhu...6 jam straight non stop. Sampai flat kepenatan dibuatnya.Bila dan hujung2 jam kelas bahasa arab tu, jawab soalan ustazah pun tunggang langgang. Sampai ustazah pun kata.. "Ya Nur...you are so tired!" Yes i am. Really tired! (ustazah tau cakap english)

Selepas 4 hari sejak datang ke sini, akhirnya berpeluang keluar dari kawasan rumah yang saya tumpang (saya duduk di Nadi Sikah). 4 hari sebelum keluar tu, dunia saya hanya rumah yang ditumpang dan rumah ustazah. Hanya ulang alik tiap ke sana tiap hari. Duit pound saya pun tak tukar lagi. Jadi, hari jumaat lepas, Masyitah, adik kat rumah yang saya tumpang ni bawa saya pergi ke bandar. Sebelum tu singgah di A'syir untul ambil adik Masyitah yang nak beli barang di bandar. Untuk ke sana kami naik bas pendek. Ganas pakcik driver bawak bas2 kat sini. Yang best nya, masyitah ajar kalau nak pergi ke A'shir, boleh buat sign macam lambai2 tangan.Kalau nak pergi ke sabi' buat tanda V guna jari (sabi' tu tujuh) dan macam-macam sign lagi la. Erm..menarik..menarik.Bas diorang takde loceng.So, kalau nak turun kena bagitau driver.

Di A'syir, kami lalu satu kawasan lapang untuk pasar kereta. Namanya pasar kereta sebab kat situ orang memang jual kereta macam jual sayur jer. Mereka akan parking kereta kat pasar tu dan orang-orang yang nak beli boleh la tengok-tengok kereta. Masa kami lalu tu, memang banyak sangat kereta-kereta yang dijual. Dari seburuk-buruk kereta sampai la kereta yang hebat-hebat. Kat a'syir gak ada banyak orang jual buah-buahan. Masyitah kata ramai student Malaysia duduk area ni. Student Indonesia pon ramai.Memang masa dalam perjalanan ke rumah adik masyitah, terserempak dengan ramai student-student Malaysia.

Kami naik tremco ke bandar. Tremco tu adalah sejenis van yang dijadikan pengangkutan awam.Memang lawak la naik tremco ni. Dalam tremco tu akan ada seorang konduktor yang akan menjerit-jerit memanggil penumpang. Dia akan muatkan semaksimum yang mungkin penumpang dalam tu sampai dia sendiri kena berdiri kat pintu. Driver tremco ni pulak memang ganas la bawak van ni. Sket punya laju. Huhuhu...memang takkan dapat pengalaman menarik ni kat mana-mana.

Satu benda yang cukup menakutkan kat sini bagi saya adalah melintas jalan.huhuhuhu...driver kat sini dahsyat2..bawak keta takingat dunia. Keja duk bunyi hon 24 jam.Diorang ni kalau lampu keta tak hidup takper, jgn hon rosak jer. Diorang ni kalau nak gi ke kiri atau ke kanan ke pakai horn bukan pakai signal.Nampak orang tgh jalan kat depan bunyi hon lagi.Memang bising aa dengan bunyi hon jer.

Alamak! dah lambat gi kelas Arab. Nanti saya cerita lagi...

P/s: Selamat bertambah umur kepada Cik Ilah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Satgi i balik kita pi jejalan naa. Oh! i dah jumpa Bidayah tadi. :)

Comments

Nurul said…
wow ganas nya driver..mana ganas ngn driver mesia??hehehhee
Mimiamilia said…
mesir lagi ganas..
tapi diorang cekap.kemalangan tak bnyk.

malaysia ganas tapi asyik masuk gaung jer
huhuhuhu....
zorrokantoi said…
intersting tapi itulah hakikatnya. pernah holiday ke sana dulu. memang fobia tengok pemandu mereka, the worst thing is sebelah malam mereka tak suka pasang lampu kenderaan mereka!. saya rasa cara terbaik nak explore the city adalah dengan hire satu teksi for the whole day. i tried the public transport .... no, not again.the worst thing about the city, if you don't speak arabic (macam saya), then you're bound to be cheated .... anyway i enjoy the belly dancing dinner on the nile cruise.
fizz said…
kak mimi..mcm2 eks kat sana, first. blh bg sign kalo nk kemana2, pastu naik tremco, tapi xle nk bygkan cane..n last drivernya..agaknya kalo sy bwk kete kat sana, mau sakit jantung cepat, sbb asik kena hon je..ape2pon, selamat pegi kelas..
Mimiamilia said…
bimmer,
betul, kalau tatau cakap arabic memang senang nak kena tipu. Saya memang kagum la dengan org Malaysia yg duduk kat sini.survival skill diorang memang tinggi giler.Itu belum lagi dengan rumah Pak arab yang macam-macam hal.Dengan pili tercabut, tombol pintu takder dan banyak lagi.

Fiza,
huhuhu akak tgk org perempuan kat sini bawak keta sama naik jer ngan org lelaki.ganazzzz.
Ejalz said…
mimi, memang drive arab hebat giler.. sama la kat KSA ni. cuma orang kata antara semua, driver kat yanbu ni kira yg sopan la sikit.. hehe.. memang pun kalau compare dengan driver kat mekah.. suka heti derang jek nak swing sana swing sini..
pasal kena tipu pun memang betul. susah gak kalau tak reti bahasa arab nih.. kita lum bukak mulut lagi, dia dah tau "you from malasie". abisss...kena klentong... so skang ni, saya selalu pi hypermarket jek.. dah tentu fix price.. mahal sket pun takpe la..
citer pasal condition rumah tu, sebenarnya, pak arab ni keje memang slow or malas pun ye.. biarlah tak bertombol ke, tak berlampu ke.. nak kata nak ganti baru, bertahun la menunggu.. sini pun ada kes aircond rosak... dah 6 bulan buat complaint kat maintenance, last-last dia kata itu bukan kerja dia... bolehhhh cam tu...
orang arab dan india ni memang suka honk kan?mesti sakit telinga ada situ
13may said…
huh! camna la gamaknya duk dlm tremco tuh....hahah :D
khairyn said…
gambar gambar!!!!!!


Selamat fisabilillah! Errr... zakat dah lunas belum?
SoFie NuR said…
the drivers there memang agak menakutkan coz cara diorg bawak mmg laju giler n yg peliknya,xde kemalangan yg berlaku...
Achik_Sufi said…
satu yang mimi lupe cite...kalau nak turun bas kene guna kaki kanan dulu...he..he..semoga berbahagia berhadapan dengan orang arab mesir..
p/s: belajar bahasa katne...markaz nilke..?
ilahS said…
sila update
Azhar Ahmad said…
Jadi betullah apa yang orang cerita ya.....
zlaa said…
Mimi,

Selamat Belajar. Bestnya..
13may said…
Mimi,
Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin :)