Cakap-cakap pasal agama

Hari ini rasa letih sangat bekerja. Mop-mop sikit, berehatnya banyak. Ketika menyiapkan hidangan teh untuk sesi pukul 2 (perlu hidang pada pukul 10 am dan 2 pm), ada sorang misi tegur beramah mesra.Bertanyakan nama dan asal. Bila sahaja menyerbut Malaysia dia senyum lebar.Nama misi tu Olga.

"I've been there..Kuala Lumpur" katanya.

Saya senyum dan menambah sudah pasti dia pernah ke Twin tower.Dia angguk. Kami terus berbual rancak daripada cerita tugas masing-masing, cerita saya yang belajar hingga ke topik agama. Menurutnya, dia suka buat kerja-kerja di gereja. Memberi kepuasan katanya.

Dia menguhulurkan gula-gula.

"No, thank you. I'm fasting" jawab saya ringkas.

Terus dia bertanya kenapa perlu puasa. Hati-hati saya menjawab puasa itu bukan setakat menahan lapar dan dahaga.Ia adalah salah satu cara penyucian jiwa. Mendidik nafsu diri, mendekatkan diri pada tuhan dan malah merasakan keperitan oarang lain yang dalam kelaparan.Saya juga menyatakan puasa ini baik untuk kesihatan dimana kita memberi cuti rehat kepada organ penghadaman. Puas hati dengan jawapan saya dia bertanyakan pula sama ada saya 'strong believer in my faith'. Saya senyum.

Dia bertanya lagi tentang perihal suami memukul isteri dalam Islam. Saya senyum.Terbayang di kepala saya Ustaz Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta menjawab soalan yang sama dari Alicia. saya meminjam jawapan Ustaz Fahri ini. Saya menjawab bahawa pertanyaan ini sering diutarakan atas gambaran yang salah ditunjukkan oleh sesetengah orang. Saya menjelaskan dalam Islam martabat seorang wanita itu diletakkan pada darjat yang tinggi. Saya terangkan jika isteri buat salah dan isteri tidak mahu dengar kata suami walaupun sudah dinasihatkan barulah boleh guna cara memukul.Tapi memukul ini bukanlah hingga menyakitkan dan bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Dia tersenyum dengan jawapan saya.Entah faham entah tidak.Kini giliran saya pula bertanya.
Saya meminta dia menerangkan konsep tuhan yang dia tahu dalam Kristian.

Dia menerangkan Jesus ada tuhan ataupun anak tuhan.Jesus itu rasul, jesus itu seorang yang suci, Jesus itu tuhan dalam yang berada dalam bentuk manusia. Manusia mahu lihat tuhan, dan tuhan telah memperlihatkan dirinya dalam bentuk manusia.Katanya, Tuhan itu boleh berubah dalam pelbagai bentuk. Dia memilih untuk menjadi manusia supaya lebih dekat dengan manusia yang lain. Kelahiran Jesus adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh manusia yang menanggung dosa-dosa yang telah dilakukan oleh manusia sebelumnya sejak kejadian Adam dibuang dari Syurga. Apabila Jesus dilahirkan, dia telah memaafkan semua dosa-dosa yang manusia lakukan.

"How about the sins made by human after that?" Saya tanya.

Olga terangkan bukan setakat dosa manusia lalu malah dosa manusia yang akan datang telah dimaafkan. Kematian Jesus adalah sesuatu yang amat penting dalam agamanya. Darah Jesus yang mengalir katanya mampu menghapuskan dosa dosa seluruh umat manusia. Dia kata lagi, dengan dengan terampunnya dosa manusia seperti dilahirkan semula.

Dalam hati saya kata.. "Nonsense!" lebih lebih lagi bila dia mengatakan nabi nabi sebelum ini juga adalah tuhan dalam bentuk manusia. Walau dalam hati sangat ada perasaan membuak-buak untuk menyangkal pendapatnya, tapi zahirnya saya senyum sahaja sebagai tanda menghormatinya. Takut ilmu yang kurang dalam diri akan memberi lontaran kata yang tidak dapat difahami oleh Olga.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kami bincangkan. Banyak perkara yang saya bangkitkan.Banyak perkara yang dia ingin tahu mengenai Islam dan banyak jugak perkara dalam agama kristian yang diterangkan pada saya. Tapi, masa yang singkat tak membenarkan kami berbincang jauh.Saya perlu hidang teh.Shif saya hampir tamat.Dia pula perlu menjenguk pesakit yang berkali-kali menekan 'buzzer' memanggil misi.

Perbincangan dengan Olga itu terus bermain-main di kepala saya. Merasakan keberuntungan saya dilahirkan dalam agama ini.Keberuntungan saya atas cahaya Ilahi yang dilimpahkan pada diri. Dalam diam-diam, saya doakan Olga dapat hidayah. Kerja tuhan siapa yang tahu?

Comments

Nurul said…
amin..ye la sape tahu..ntah2 esok lusa dia pun convert..tp mmg betul jawapan susah nk jawab bila org tnya pasal agama ..susah nk bg depa faham supaya tak slaah faham..gud job mimi...
WNA said…
amin..

mimi,gud job.kalau saye,mesti sudah terkial2 mahu menjwb 1001 pertanyaan itu. :p