Sekadar memperingati kesengsaraan dan perjuangan saudara kita di Palestin. Pada tarikh 21 Ogos 1969 Masjid Al Aqsa telah diceroboh dan dibakar oleh Zionist yang telah memusnahkan sebahagian masjid itu. Betapa kejamnya regim Zionist yang terus menindas dan memperlaku sewenangnya di bumi Palestine sehingga kini. Betapa tingginya semangat pejuang Palestine yang terus mempertahan bumi Islam itu. Terdetik di hati adakah mampu diri ini berbuat sesuatu menghalang kekejaman terhadap mereka?
Sesungguhnya, fizikal ini tidak mampu untuk turut sama turun padang berjuang mempertahankan kedaulatan Islam di sana. Hanya doa mampu dikirimi semoga kemenangan dan kedamaian milik mereka.Amin!
P/s : Kita harus bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi di Malaysia.
Comments
saya..
tak tahu nak kata apa..
sebab..
'ustat' semalam tu..
sudah buat saya tak berani nak berkata-kata tentang hal-hal sebegini..