A'kum,
Seronoknya dapat balik rumah. Home sweet home. No better place than home! I miss my room..smell of Glasgow and i miss cuaca yg sejuk kat sini. Apapun, pengembaraan di bumi Andalus banyak berikan pengalaman pahit dan manis. Kalau nak cerita secara detail, memang la banyak...
Hari pertama di Granada kami dikejutkan dengan cuaca yang panas melampau.Panas dan kering. Takde angin pon. Bila panas2 ni,badan pon jadi lemah.Nak jalan banyak pon tak mampu.Kitorang kat Spain ni memangla jadi celebrity. Jadi tumpuan org ramai. Sumer tengok kitorang pelik jer. Ada sekali tu, bila turun bas, bertembung dgn seorang makcik ni. Dia tengok kitorang terus2 dia buat tanda cross. Isk isk isk..sabar jerla.
Esoknya, kami ke Malaga, tempat pertemuan dengan Fara. Sebelum Fara sampai, sempat juga jalan2 di sekitar Malaga. Kami pergi melawat Al Cazaba dan Castillo De Gibralfaro.Al Cazaba ni adalah palace-fotress untuk Muslim governor. Binaan dgn ukiran yang menarik, ada taman-taman. Gibralfaro pula berada di atas AlCazaba. So, kami terpaksa mendaki bukit yang tinggi.Huh! letih makcik.Boleh turun sekilo nih.Ehehe..penat2 pon terbalas jugak dgn pemandangan yang sangat cantik..MasyaAllah..Boleh nampak laut dan sekitar bandar Malaga.Memang cantik. Kami pulang semula ke Granada mlm tu bersama-sama cik Fara.
Hari ketiga di Granada, masing-masing bersemangat untuk melawat Al Hambra. Kami menaiki bas untuk ke Al hambra. Nak jalan..jauh sangat.Lagipon tak larat nak daki bukit. Bas adalah pilihan yang paling baik.Tak mahal sgt.Just 1 Euro jer. Di pitu masuk al Hambra kami kena beratur panjang. Nasib baik sempat masuk around pukul 9. Berkejar2 kami ke Palacio Nazaries sebab peruntukan masanya hanya dari pukul 9 ke 9.30. Palace tu memang cantik.(tgk gambar).
Al Hambra ni memang penuh dgn taman2. Memang semua taman2nya cantik.Tapi sayang...cuaca sangat panas menyebabkan kami keletihan dan tak mampu nak jalan ke semua tempat. Turun dari Al Hambra, masing2 kelaparan. Masa nak naik bas turun, kami nak beli 8 tiket (8 ke 5 tak ingat la) sekaligus sebab lebih murah.So nanti bolehlah kami guna untuk jalan2 sekitar Granada nanti. Tapi disebabkan ayam tak paham itik bercakap,hajat kami tak kesampaian.
Masa tengah beratur naik bas tu, tiba2 dengar satu suara melaung dari belakang.
"Tiga!"
Eh, saperlak yg tau ckp Melayu ni.Pandang belakang, ada sorang mamat mcm indian sket tersenyum. Di atas bas kami borak2 dgn dia. Rupanya dia pernah belajar di UIA dulu.So dia tau la cakap Melayu sepatah dua. Dia berasal dari South Africa, seorang lecturer. Datang ke Spain untuk membuat research on Islamic law. Tapi, oh...saya lupa nama dia. Nazri ke apa nama dia.Tak ingat la. Kak Wan ingat kot. Fara ingat tak? Tapi yang pasti mamat ni bawak kami makan di Indian restaurant. Kami tak berapa yakin dgn kehalalannya.Lagipun, pekerja yang amik order kami kata dia tak makan ayam di restaurant ni, Just makan seafood. So, masing2 amik seafood jer. Wah, kami makan mewah tengah hari tu.Hehehe...semua sekali adala nak dekat 60 euro.Ni jalan-jalan carik makan ker..apa nih.
Selepas makan,konon2nya nak jalan2. Tapi masing-masing penat. Mamat tadi ajak kami pergi masjid pukul 7 mlm. So, sebelum pukul 7 tu kami pusing2 tgk2 barang dan souvenir untuk dibawa pulang. Oh! lupa nak bagitau. Pada hari tu, diorang ada satu perayaan. Perayaan menyambut kemenangan Kristian terhadap org Muslim. Siap ada perarakan. Patutla kami dipandang pelik jer. Takut pon mmg ada..yerla, hanya kami yg bertudung semasa perayaan tu dijalankan.Karang, tetiba ada yg over extreme pergi buat something kat kitorang...takut jugak.
Alhamdulillah takde apa yang berlaku. Kedai2 pon banyak yang tutup.Yang bukak hanya kedai Muslim Morocon.
Takde benda sgt yang dibeli. Hanya sekadar membeli sesuatu yg dapat mengingatkan pada tempat ni. (apalagi kalau bukan poskad n magnet).Petang tu kami angkut beg dari hostel ke stesen bas untuk dapatkan tiket ke Seville. Hajatnya, kami nak naik bas pukul 3 pagi sebab boleh tido atas bas jer.Jimat sket. Tapi, masing2 dah keletihan yang amat dan memang memerlukan tempat tidur yang selesa untuk berehat. Jadi, terpaksalah survey2 tempat tinggal di Seville dgn pertolongan kawan2 fara di France. Alhamdulillah...dapat jugak hostel. Malam tu kami naik bas pukul 8.30..hajat untuk ke masjid di Granada terpaksa dibatalkan.
Sampai di Seville, dah lewat malam. Bas pon dah takde. Terpaksa tunggu Taxi. Lama gak tunggu. Masing-masing dah suspend takut takde teksi. Alhamdulillah, teksi dtg gak.Sampai jer kat hostel tu, kami check in dan cepat2 naik bilik untuk berehat. Bilik tu sebenarnya ada katil double bed jer. So terpaksa berhimpit2. Tapi, tiba2 pakcik yg jaga counter kat bawah tu ketuk pintu bilik.Dia mintak extra payment for extra person. Yerla, kami ada 3 org..tapi katil double bed. Apala...masa nak book sebelum tu kata ok jer. Nampak 3 org terus nak suruh bayar extra.Bukan sket lak tu.Kena bayar 32 euro. tapi, lepas negotiate..kami pindah bilik yg ada 3 katil single dgn bayaran 25 euro seorang.Okla tuh...walaupun ada nyamuk duk bising kat telinga masa tido, sekurang2 ada tempat untuk meluruskan kaki yg dah bengkak2 sebab banyak jalan. (kaki bengkak macam kaki orang mengandung..org kata apa?kaki gajah?)
Ok, next day nyer cerita dalam next entry...layan gambar dulu. Tak semua gambar ada dalam ni.Nak tengok semua..pegi fotopages
Comments
address nanti i msg dlm ym
Abg sahar,
Tu la, kawan mi yg duk France pon kata panas gak. Kalau panas berangin tu ok lagi.Ni panas kering.Aduh!
Terbalik pulak dgn Glasgow. Nak kata summer pon macam fall..sejuknya jgn cakap la.Angin tiup sket nyer kuat.Tak rasa summer langsung!
Hahaha fara..Nazim kot..lupa la.nanti send gambar..jgn lupa!
Kak As,
Diorang tak paham.Kadang2 kita tanya in English dia balas in spanish.laju lak tu.Macam kit apaham jer apa dia cakap.
Tergezoot,
ehehe takde la menarik sgt..tapi pengalaman tu memang bernilai..
p/s-salam kenal... ;)
:) InsyaAllah, satu hari nanti awak pun berpeluang nak jalan2
Dr so'od,
citer tu tak sampai lagi..tapi saya ada jumpa penelope cruz...serious!
waduh waduh..
aku akan jadi gila tengok bangunan-bangunan kat situ.
jangan risau,aku dah sumpah makcik tu jadi batu yang berbentuk cross.
salam
dah balik dah dia dari meronda-ronda :D
terlewat sket baca al-kesah mi.
tapi menarik!
cepat sambung :D
cerita bab makan-makan banyak-banyak sket ek. ha ha ha. saya suka makan :D
dah balik dah dia dari meronda-ronda :D
terlewat sket baca al-kesah mi.
tapi menarik!
cepat sambung :D
cerita bab makan-makan banyak-banyak sket ek. ha ha ha. saya suka makan :D
salam ku paada fakir
fakirmu oh andalusia
izinkanlah aku menyelami irama asyikmu...
ehehe...betul laa..kitorang ayam, diorang itik.masing2 tak paham.Kitorang ni kadang2 buat2 paham jer.
butaseni,
oh, terima kasih keran sumpahan itu.. :P
akira,
ahahaha...ermm kamu suka makan ek?
nanti mi update pasal makan.
ujang,
oh..ada m nasir sesat disini