Andalus III - Final

Matahari masih terik memancar2 di bumi Seville. Badan sudah terasa letih 3 hari berjalan. Kaki pon semakin bengkak.Tiada tanda untuk surut.Tapi, semangat masih berkobar-kobar untuk meneruskan pengembaraan di bumi Andalus ini. Pagi hari ke empat itu, masing2 bangun dgn rasa malas.Tidak cukup tidur!Hotel Lis II hanya sempat selama lebih kurang 6 jam sahaja kami bersamanya. Tak bebaloi pulak 25 euro yang dibayar.Tapi, nak wat camner...jika tak rehat malam tu, mesti masing tak mampu nak jalan lagi esoknya.

Pagi tu, kami mencari2 bas No 32 di Plaza Encarnacion untuk ke stesen keretapi. Tujuan utama adalah untuk simpan beg2 yang besar ini supaya mudah untuk kami jalan2 di bandar Seville ini.
Tak banyak tempat yang dapat kami lawat di sini. kami terpaksa mengejar masa untuk ke Cordova. Housemate sudah pesan, tempat wajib yg perlu dilawati ialah Plaza de Espana, tempat pengambaran Star Wars. Oh, saya tak pernah tgk movie star wars ni.Tak minat.So tak tau la scene mana yg di buat di sini.

Destinasi selepas Plaza espana adalah Alcazar dan Cathedral. Besar sungguh Cathedral tu.Tapi nak masukkena bayar.erm...tak perlu la kami masuk.Amik gambar di luar sahaja sudah mencukupi. Di Alcazar, bayaran untuk seorang dewasa adalah 7 euro.Malang betul saya, terlupa untuk bawa student card (kad matrik).Sebab student dapat FOC. isk isk isk..takde rezeki hari tu. Takperlah...Nasib baik binaan Alcazar di sini memang cantik.Berbaloi jugalah 7uero saya.

Cuaca panas buat kami haus dan lapar. kami mencari2 kedai halal kalau ada. Oh! sgtlah mustahil nak carik kat kawasan tu.Mc D pon kami tak jumpa. Akhirnya kami decide utk makan seafood paella.

Paella tu nasi..sebab dah beberapa hari tak makan nasi.So rasa sedap jer la nasi tu.Udang pon berapa ketul jer.. Takdela sedap sgt pon.saya masak lagi sedap.Ahhahahaha.Dalam x sedap2 tu pon habis gak 2 kuali kecil paella.

Perjalanan diteruskan ke Cordova menaiki train Andalucia Express selama lebih kurang 2 jam setengah. Sampai2 di Cordova, kami terpaksa bergegas ke The great mosque of Cordova(Mezquita) atau sekarang diorang panggil The cathedral Cordoba. Nasib kami baik, waktu melawat habis pukul 7 dan kami sampai lebih kurang pukul 6. Masih sempat lagi melihat masjid yang telah bertukar menjadi gereja ini. Asalnya, bangunan ini memang gereja pada zaman Visigoth.Namanya gereja San Vincente, gereja terbesar di Cordoba. Bila Islam datang ke sini pada tahun 785 M gereja dimusnahkan dan masjid dibina diatas tapak gereja ini.

Melangkah ke dalam mezquita ni, bagai terasa ada org sedang bersolat.Boleh terbayang saf org bersembahyang.Tiba-tiba sayu rasa hati bila lihat disekeliling penuh dengan patung2 gereja. Mihrab masjid ini masih terjaga.Berada di betul2 bertentangan dengan pintu utama masjid. Rasa hiba meruap2 terus air mata mengalir. Mengenangkan rumah Allah ini telah bertukar menjadi gereja. Ramai pak guard yang jaga sekitar mezquita ni. Takut2 kalau ada muslim yang solat dalamnya. Pernah juga dengar ada org yg cuba bersembahyang disini tetapi dimarahi oleh guard yang garang2 kat sini. Hati saya tak terasa untuk menunaikan solat di sini kerana ia bukan lagi rumah Allah. Dah menjadi sebuah gereja. Perasaan berada disini akan saya ingat sampai bila2.

Kami tak pergi ke mana2 selepas melawat Mezquita.Masing2 sudah letih.Kami berehat di stesen bas untuk ke Madrid menaiki bas pada pukul 1.30 pagi. Perjalanan ke Madrid memang tak dirasai.Kami tidur dgn lena di dalam bas.

Sampai di Madrid lebih kurang pukul 5.30 pagi. Menaiki Metro, kami ke Atocha street mencari2 hostel yang telah kami book. Aduh, sket nyer jauh...terpaksa mendaki pulak tu. (kami turun train jauh sket dr hostel tempat kami menginap). Bila sampai jer, ingat2 bolehla meluruskan kaki,tidur sejam dua...rupa2nya kami takleh masuk bilik before pkl 12 tghari.Aduh! Nasib baik makcik tukang jaga hostel tu bagi kami berehat2 di ruang tamunya dan meminjamkan kami bilik air untuk kami mandi. Kami mandi2 danbersiap2 untuk ke destinasi seterusnya..Toledo.

Menaiki bas dari stesen bas di madrid, perjalanan ke Toledo mengambil masa 1 jam 30 minit. Kota Toledo memang cantik.(eheehhe rasanya semua tempat yang kami pergi memang cantik)Tengokla gambar.Takde cerita yang menarik sangat di Toledo.sekadar mengagumi binaannya dan sekitar kota yang cantik. Selesai di toledo, misi seterusnya adalah mencari Plaza di Toros. Hajatnya, hendak amik gambar didalam kawasan bullfighting tu.Tapi, rezeki takder. Kami tak dibenarkan masuk.So, amik gambar dari luar sahajala..

Pulang dari bandar Toledo, Fara dan saya sudah berkira2 untuk melawat Estadio Santiago Berbabue( Stadium pasukan Real Madrid). Menurut buku yang saya bawa, stadium tutup pukul 6. Dan kami sampai di Madrid pukul 5.30. Oh! kami tak mungkin sempat untuk ke sana. Tapi, kami usaha gak sampai sebelum pukul 6. Ahahaha..akhirnya kami sampai dalam pukul 6.30. Terus ke kaunter tiket bertanyakan masih buka atau tidak. Nasib kami baik. kami adalah pengunjung terakhir hari itu.

Walaupun saya bukan peminat Real Madrid, tapi rasa seronok sangat sebab tengok Fara gembira dapat masuk stadium tu.Yang best nyer, disebabkan kami pengunjung terakhir, banyakla bodyguard2 duk ikut kami. Bukan apa, lepas jer kami melangkah satu kawasan, diorang terus tutup lampu, tutup pintu.So guard yg jaga kawasan yg ditutup itu akan mengiringi kami sehingga ke kawasan satu lagi...dan guard di tempat yg satu lagi akan menyertai guard2 yang dah sedia ada mengiringi kami.Macam celebriti pon ada gak.ehehhe. Oh lupa pulak.Kami memang celebriti sejak hari pertama menjejak kaki di Spain.

Balik dari Stadium, kami menaiki metro (underground)untuk pulang ke hostel. Ketika melangkah masuk ke dalam train, tiba2 ada seorang spanish guy ni meluru ke pintu tempat kami masuk dah cuba menendang seseorang.Oh! panik sebentar. Cepat2 masuk ke dalam train dan pintu ditutup.Lelaki tadi pandang keluar dan memberi bahasa isyarat marah pada seseorang. Kami masih terpinga2. Saya hanya memandang lelaki tadi bercerita sesuatu pada kawan2 sekelilingnya sambil menunjuk2 pada kami. Saya cuba memahami apa yang di cakap.Oh! rupanya org yang dia tendang tadi adalah pencuri yang cuba untuk menyeluk kedlam beg Fara. Oh! dia telah menyelamatkan fara. kami sangat2 bersyukur dia perasan perbuatan pencuri tu. kalau tak ada la yg hilang sesuatu. Syukurnya, Allah melindungi kami.

Kami dan 'hero' tadi turun di stesen yang sama. Dia sempat berpesan supaya kami sentiasa berhati2 dgn beg dan penyeluk saku di kota Madrid ni. Kami sangat berterima kasih pada dia. (dah la hensem...ahahhahaha)

Malam tu, kami terpaksa keluar mencari makan.Penat dan Lapar! Kami menaiki train untuk ke city centre. kami terjumpa sebuah kedai menjual fast food dan ada jual vegetarian pizza. Kami decide untuk makan disitu. Sedang kami makan, ada sorang mamat ni masuk restoren tu mengedar flyers..di tempat kami dia duk bagi flyers dan duk terang2 sesuatu mengenai flyers tu. Tiba-tiba, seorang pekerja restoren meluru keluar dari counter dan menjerit pada mamat. Dia terus lari blah dan....kami tgk beg yang Kak wan bawak dah ada ditengah2 restoren. Eh, bila masa lak beg tu berada kat situ. Pekerja restoren tu amik beg tu dan hulurkan ada kami.Oh! kami dirompak lagi! dan sekali lagi kami diselamatkan!Rupanya2 mamat yang bawak flyers tu bukan seorang.dia datang berdua.Tapi kami tak perasan. Dia dah mengalih perhatian kami sambil kawannya mencopek beg Kak Wan.Allah betul2 lindungi kami.Syukur sgt. Terus takde mood nak makan lepas tu.Terus balik ke hostel.

Pagi esoknya, Fara dah balik awal2.risau gak nak lepaskan dia gi sorang2 ke Airport bila teringatkan penyeluk2 saku yang handal di kota Madrid ni. alhamdulillah dia sampai dgn selamat di airport. Saya dan kak Wan akan pulang ke London dari Vollidolid airport.Tiket kami pukul 12 tghari. ketika di station bus untuk beli tiket ke Volllidolid, saya terkejut giler bila dia kata harga tiket dlm 15 euro.Oh! saya baca dlm 3 euro. bukankan perjalananannya tak jauh? Aduh! kami bertanya pada teksi pula, dan pakcik teksi tu kata kalau nak ke sana harga teksi dalam 200 euro. ha??? betul2 terkejut. Saya bukak semula buku.Oh! saya dah tersilap baca. Perjalanan ke Vollidolid mengambil masa 2 jam setengah bukan satu jam. Sah2 sah kami terlepas flight sebab jam pada waktu itu dah pukul 8.30. dari bandar Vollidolid pulak amik masa sejam ke airport.aduh..memang tak sempat. Burn la flight ticket tu!

Kami terpaksa pergi ke airport Madrid untuk carik tiket baru.Alhamdulillah, dapat jugak tiket untuk keesokan harinya.Melayang 96 euro untuk tiket baru.Pulang dari airport, kami diserang lagi dgn penyeluk saku. Kali ni, taktiknya...sorang halang dihadapan, buat2 salah masuk train, dan kawan dibelakang tukang bukak beg org yg terhalang. Kak wan kena lagi.Tapi, kami dah bersedia dr awal.Beg sandang tu hanya kami penuhkan dgn makanan.so, takde apa yag diorang boleh amik.Bila turun dari train...kami masih jadi favourite pick pocket ni.Kali ni sepasang couple. nampak baik jer...ok jer..Saya berjalan dihadapan.Kak wan dibelakang. Tiba2 kak wan dgr macam beg dia dibuka.Dia pusing, tgk2 ada perempuan sengih2 belakang dia dan perempuan tu terus blah tanpa sempat kak wan cakap apa2. Bila tgk beg,oh..dia dah bukak kesemua zip.Zip terakhir untuk compartment paling besar je gagal dibuka.Adoila...tak habis2.

Hari tu, kami pusing bandar Madrid. Tengah2 amik gambar tu, ada sorang mamat ni tiba2 nak amik gambar dgn kitorang. Ahahaha, kan dah cakap, kitorang ni celebriti. Sempatla kami melawat Plaza de toros yang paling besar dlm dunia. memang besar giler.Tapi rugi sebab tak dapat masuk.Hanya amik gambar dari luar je.Mlmnya kami naik bas ke Vollidolid.Walaupun penerbangan balik ke London adalah pukul 12 esok harinya, tapi kami tak mahu mengambil risiko terlepas flight lagi. Sampai di Vollidolid pukul 4 pagi.Terpaksa menunggu diluar station bus dgn kesejukan sebab setsen bas tu bukak pukul 6 pagi. Mengigil2 la kami menahan kesejukan selama 2 jam.Kak wan pulak tiba2 sakit perut yg amat.Kesian sgt kat dia.

Bila bukak saja stesen bas tu terus carik tempat untuk melandingkan diri.Tapi takleh tido.Kami naik bus pukul 8 ke airport. Sampai2 di airport kami bersarapan dan merehatkan diri menunggu kaunter check in dibuka. Dalam pkl 10 lebih. kaunter pon bukak.Kami beratur untuk check in. Bila hampir sahaja giliran kami, tiba2 ada seorang pegawai imigresen memanggil kami keluar dari barisan. Dia nak tgk pasport. kami bagi pasport kami. Lepas tu dia suruh tunggu 5 minit.Dia amblik pasport kami dan bawa ke mana pon kami tak tahu. Bukan 5 minit...lebih dari tu.Hampir satu jam..siap tanya pegawai Ryanair lagi untuk confirmkan identity kami. arghh! macam la kami nak tipu pasport tu. Dah la ada visa Uk dlmnya.Takkan la nak tipu. Dia mintak kami tunjuk id lain selainpasport. What the heck!!! we are not terrorrist.Nak kuar dari spain.Bukannya nak masuk.Dan yang malangnya, saya tak bawak apa2 selain pasport, duit dan atm card.Arghh!!! takut giler pon ada.takut tak semena2 kena tahan. Sib baik pegawai ryanair tu bijak sket dr pegawai imigresen yang kekwat tu. Dan nasibbaik saya membawa atm card bank of Scotland. Bila dia tgk cop pada visa saya...cop Glasgow. Dan pegawai ryanair tu cakap saya memang duk glasgow, Scotland. So, takde apa yang perlu diragui. Alhamdulillah, selepas itu segalanya berjalan lancar.Saya berjaya pulang ke London seterusnya ke Glasgow dengan selamat.

P/s: sorry kalau korang boring baca...ahahha tatau nak tulis camner.Semoga pengalaman yang ada ni boleh dijadikan panduan dan pengajaran.


Comments

13may said…
mak aii..panjangnya....

eh! camna rupa Paella tuh??? nasi biasa ajer ker....
13may said…
terre betoi penyeluk saku kat sana yea....hmmm
myjourney said…
berhati2 la pick poket ni, saya sendiri dah merasa burn RM2000, nanti ada masa nak story balik pasal pick poket ni..
AsLiNa said…
mimi, kalo k.as pun gerunnya rasa kena soalsiasat..mesti sebab tgk kita ni org islam..teruk la depa punye perception terhadap org yg pakai tudung ni kan..
Unknown said…
kak mimi!!
gi plaza de torro tak ajakkk!!hehhee..
smpe skang,bile bace ape akak tulis psl mezquita cordoba tuh meremang bulu roma..sedih!!!
so'od said…
ala.. mimi tipu.. mana cite penelope cruz x kuar2 pun.. asik cite kene ngorat ngan penyeluk saku je.. huhuh.. *kempunan
Mimiamilia said…
En may,
klik la dekat paella tu.Saya dah linkkan.

mereka memang terer. Tapi kitorang pon dah terer camner nak mengelak dr diorang.ehehhe

Aduh abg sahar, banyak tuh!
sabar jer la

Kak as,
Memang teruk kak As. Saya siap kena insult lagi disebabkan satu insiden yang tak disengajakan.Masa tu dalam Ladies. saya nak keringkan tgn kat dryer.tapi tak berfungsi pulak dryer tu.So i was heading to another dryer.saya turunkan tgn yg basah tu dan tak perasan ada sorangmakcik kat situ.Terkena percikan setitis dua dekat kakinya,Punya la dia marah menyumpah2 saya.Saya buat muka bodoh mintak maaf dan blah.

Fara,
saper suruh balik awal?ahahahah
Mimiamilia said…
alamak dr sood...
terlupa laa.

oh..saya jumpa penelope cruz.Tapi bukan yg sebenar.Potret Penelope cruz yang dilukis oleh pelukis jalanan di taman yang kami singgah di Madrid.masa tu mmg teringat kat dr Sood. Ahahhaha...sorryla.
Lagipun, Penelope cruz kata, dia segan jumpa dr sebab dr ni macho sgt.
;)
silversarina said…
Tak jemu pun baca... sebab banyak kisahnya dari stadium real madrid sampailah si penyeluk saku dan 'hero' yang hensem dan perjalanan yang memberi pengalaman yang cukup bermakna.... Alhamdulillah semunya selamat.
ellyWong said…
wah... best best.. betul laa org kata, jauh lagi berjalan luas lagi pemandangan...

sedey plak baca part masjid cordova tu. hmmm...
azya said…
baru ada peluang bc entry akak berjela2 ni...
THANXX for the picture..tak dpt pegi pun taperla, janji dpt tgk gambar...ani nak tanya ni, sedap ke mkn kebab kat sana? masa ani pegi dulu rasanya takla sesedap kebab mesia...maybe sebab takde cili sos kot (tak baper lalu sgt la)..plak tu amik yg lamb plak, bau kambing cam kuat sgt je.... he he.

biasa la tu kalo org asik stare je sebab bertudung.akak kena membiasakan diri la dipanggil alien or hantu etc..
aria ayumi said…
pelik2 nama tempat kat sane ye... huhu
Mimiamilia said…
sis,
Thanx for reading.Kalau rasa nak gi sana bagitau aaa.boleh aa memberi tips dan tempat2 yg wajib pergi.

Amy,
Yup..thats so true...

Ani,
Ermm..ok ke kebab dia.kitorang amik kebab ayam.Akak mmg tak sukan lamb. Kat umah ni pon tak makan lamb.makan ayam n ikan jer.

ahahaha..kalau alien, itu mmg dah biasa.

ariya,
ehehhe..kalau omputih tgk nama tempat kat malaysia diorang pon akan cakap benda yg serupa mcm aria ckp.
Pegawai Khalwat said…
Hoye!

Bilalah saya pula nak sampai ke sana.
akirasuri said…
panjang gila!
ha ha ha. kalau spm kompem A :D

oh oh! tapi perjalanan yang menarik ;) pengalaman yang sukar dapat kat mana-mana :D
mimi!

akhirnye dpt jgk sy nk leave comment kt sini. dh berhari-hari asyik x boleh. smpai kadang tu dlm sehari nk dekat 10x sy bukak blog awk. tensen betul.

trip yg sgt best!! wlupun sgt byk kes nk disamun. tp sgt best. esply bila part mamat hensem tu muncul. ahaks~

n bila tgk gmbr tu n compare dgn gmbr2 pd poskad, waa...ada yg sama! cantik. thnks for d postcard! sgt happy dpt postcard tu. next time klu nk gi mana2, nk join! sy akn fly frm moscow, then we meet up somewhere. ok!
Mimiamilia said…
En pegawai khalwat,
InsyaAllah bila diizinkan tuhan, sampai jugak ke sana.

Akira,ahahhaa cikgu akira bagi A, yay!

Sarah,
InsyaAllah..next destination is Turkey.Harap2 boleh pergi sama2..