Bismillah,
Pagi ini datang satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Dalam sujud terakhir solat Subuhku, datang perasaan seperti Allah mahu menjemput diri. Perasaan kematian yang sangat hampir. Takut terus menyelubungi diri. Sujud ku lamakan. Memohon keampunan kepada Allah. Pelik. Rasa takut itu tak mampu membuat air mata mengalir. Pelik. Itu seperti bukan aku. Yang mudah menangis, tak kira dalam apa jua keadaan.
Di tahyat akhir, bulu romaku rasa meremang. Terasa seperti didatangi seseorang. Terasa diperhatikan. Adakah Izrail datang menjemputku? Seusai salam kedua, aku terus sujud kembali memohon keampunan Allah. Rakaman dosa-dosa lalu seperti dimainkan dalam kotak fikiran. Makin panjang doa kupanjatkan. Takut mati. Takut dosa tak terampun.Ya Allah, apakah perasaan ini?
Adakah kau pernah merasakan apa yang ku rasa ini?
Apapun, aku bersyukur Allah datang perasaan itu. Perasaan takut mati. Takut hidup bersendirian di dalam kubur. Takut dengan siksaan Allah. Tak terjangkau dek akal ini untuk membayangkan azab yang bakal menimpa. Takut...takut. Ku harap aku bukan sekadar takut, tetapi takut itu membuatkan diri untuk menjadi lebih baik dari semalam. Ku harap kau begitu juga.
Hari ini masuk 1 Syaaban. Bulan peringatan yang Ramadhan semakin menghampiri. Maknanya tinggal sebulan lagi untuk masuk ke Madrasah Ramadhan. Yang hanya datang setahun sekali. Jika hayat hanya 60 tahun, maka 60 kali sahaja kita bertemunya. Ditolak zaman kanak-kanak dan masa2 jahiliyah diri, berapa tahun sahajakah yang Ramadhan itu dimanfaatkan sepenuhnya.
Persiapan menghadapi Ramadhan bukan dibuat sehari dua sebelum kedatangannya. Patut dilakukan hari ini. Kita mahu Ramadhan yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita. Mulalah menambah amalan bermula hari ini juga. Supaya bila tiba ramadhan, kita tidak 'pancit' dan bila tiba Ramadhan, amalan kita berada di puncak.
Namun,adakah diri kita akan sampai ke Ramadhan tahun ini? Wallhua'lam. Hanya Tuhan yang tahu..
"Ya Allah, panjangkan umurku supaya aku dapat bertemu RamadhanMu"
Comments
Semoga kita sama2 dapat menyambut n melakukan pesta Ibadah di bulan Ramadhan nnt...
Sekadar perkongsian,ada hadith Hasan yang menyebut, Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada diantara Rejab dan Ramadhan.”
Tapi,tentang Syaban bulan Rasulullah, setahu saya tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama (notes from seorang kwn drpd Dr. Yusuf al-Qaradhawi)...Wallahu'alam, correct me if I'm wrong...
-nur-
Terima kasih untuk info itu.Saya tak arif mengenai hadith2 ni tapi boleh rujuk penulisan dr maza di sini http://drmaza.com/home/?p=646.
Sudah dibetulkan supaya tak menyebarkan sesuatu yang tidak benar.. Jazakillah :)
Jazakallah untuk peringatan.Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik.
Saya pun bukan arif ttg hadis2 ni.cuma pernah terbaca n ditegur tentang hadis2 mengenai amalan2 di bulan Rejab n Syaaban ni...
Sama2 kita terus belajar...
May Allah Bless you.
-nur-