Hidup dalam tarbiyah, mengubah segalanya. Dua hari lalu, aku ditegur oleh rakan lama ketika di universiti bertanyakan khabar.
Allah dah beritahu dengan sejelas-jelasnya dalam surah Al Baqarah ayat 208;
Berbalik kepada usrah. Apa ada pada usrah? Best sangat ke orang-orang yang ikut usrah tu? So, orang yang tak ikut usrah ni tak baik ke?
Jawapannya :
Kembali kepada zaman Rasulullah SAW dan sahabat. Kita lihat bagaimana Abu Bakar boleh menginfakkan keseluruhan hartanya ke JAlan Allah tanpa meninngalkan apa-apa untuk keluarga dan diri. Kita lihat betapa hebatnya Umar menjadi khalifah yang walau sebagai pemimpin tapi masih hidup sederhana dan sentiasa tetap rendah diri dan penuh tawadhuk. Kita lihat berapa ramai sahabat Rasulullah yang sanggup diseksa demi mempertahan keimanan kepada Allah.
Semua ini tidak akan tercapai jika tiada tarbiyah. Tarbiyah secara langsung daripada Rasulullah bersumberkan kepada Al Quran.Tarbiyahlah yang menghasilkan manusia yang hebat.
"Ayat-ayat mimi sekarang dah lain. Nampak ayat orang ada fikrah"Aku hanya membalas dengan 'smiley face' selanjutnya kami terus berbicara mengenai permasalahan semasa hinggalah kepada isu jemaah dan kembali kepada topik 'mengusrahkan' kakitangan di universiti apabila pulang nanti.
Bila sebut perkataan usrah, ramai yang macam 'alergy' dengan perkataan ini. Nama 'usrah' ni sentiasa dikaitkan dengan ekstrimist dan juga anti kerajaan. Satu pandangan yang aku rasakan sangat sempit. Tapi tak boleh salahkan juga orang yang berfikiran begitu.Mungkin sejarahnya ada mereka yang bergiat cergas dalam usrah ini yang bersikap seperti yang mereka fikirkan. Tetapi hakikatnya, jika mereka tahu apa sebenarnya usrah ini, mereka pun mahu turut serta di dalamnya. Aku faham bahawa ada orang rasa kita sangat ekstrim bila kita mengamalkan Islam secara total. Mungkin sebabnya kerana di negara kita, sudah 'terbiasa' Islam ni di pilih-pilih yang mana hendak di amalkan. Bab Nikah, bab harta pusaka, bab cerai berai, bab babi haram itu adalah bab-bab yang biasa dipilih. Tapi bila bab aurat, bab ikhtilat, dan banyak lagi yang tidak pula berada dalam pilihan.
Allah dah beritahu dengan sejelas-jelasnya dalam surah Al Baqarah ayat 208;
"Wahai orang-orang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, sungguh ia musuh yang nyata bagimu"Kita kena ambil Islam itu seluruhnya. Kena pakai pakaian Islam itu seluruhnya. Kena masuk ke dalam Islam itu seluruhnya. Yang bermaksud, kena buat setiap apa yang disyariatkan oleh Allah, dan bukan boleh pilih-pilih mengikut pilihan hati.
Berbalik kepada usrah. Apa ada pada usrah? Best sangat ke orang-orang yang ikut usrah tu? So, orang yang tak ikut usrah ni tak baik ke?
Jawapannya :
Kembali kepada zaman Rasulullah SAW dan sahabat. Kita lihat bagaimana Abu Bakar boleh menginfakkan keseluruhan hartanya ke JAlan Allah tanpa meninngalkan apa-apa untuk keluarga dan diri. Kita lihat betapa hebatnya Umar menjadi khalifah yang walau sebagai pemimpin tapi masih hidup sederhana dan sentiasa tetap rendah diri dan penuh tawadhuk. Kita lihat berapa ramai sahabat Rasulullah yang sanggup diseksa demi mempertahan keimanan kepada Allah.
Semua ini tidak akan tercapai jika tiada tarbiyah. Tarbiyah secara langsung daripada Rasulullah bersumberkan kepada Al Quran.Tarbiyahlah yang menghasilkan manusia yang hebat.
Apabila berusrah, secara tak langsung kita telah memasuki proses pertarbiyahan.
Kalau tak usrah tak dapat tarbiyah diri ke?
Apa yang boleh aku katakan, jika kita berusrah, proses tarbiyah itu akan disusun dengan lebih teratur dan kemas. InsyaAllah, selagi kita berada dalam usrah, selagi itu kita berada dalam ikatan tarbiyah. Fungsi usrah sepatutnya mengikat hati-hati di dalamnya kepada Allah. Di dalam usrah kita diberi peringatan. Di dalam usrah adanya ukhuwah.Di dalam usrah adanya penanaman fikrah islamiyah. Macam-macam ada dalam usrah yang membawa kepada proses pertarbiyahan setiap induvidu di dalamnya. Dengan kata lain : Input---------->Proses (tarbiyah)-------->Output
Tarbiyah bukan sekadar proses pemindahan ilmu.Tarbiyah adalah proses pembinaan seseorang itu secara menyeluruh untuk membentuk peribadi muslim sejati.
Aku tak pernah pandang orang yang tak berusrah tu tak baik atau orang yang tak berusrah takleh jadi manusia hebat. Mereka mungkin boleh jadi manusia yang sangat hebat dengan izin Allah. Cumanya, bila bersendirian mentarbiyah diri, pilihan itu di tangan diri sendiri. Dan iman itu ada naik turunnya.Jika sendiri malas mentarbiyah diri, maka hanyutlah diri itu. Beza bila berusrah dengan tidak berusrah, bila iman itu turun, kita ada support sistem dari kalangan ahli usrah yang sentiasa boleh mengingatkan.Kadang-kadang naqib/naqibah kita boleh ketuk sket kepala ni bagi peringatan supaya tak futur (huuuu!).
Saja nak berkongsi tentang usrah ni. Sebab aku rasa sangat best berada dalam usrah dan berada dalam tarbiyah....
Comments
syarina: iA, sy doakn tuk awk..but u have to seek for it..hidayah tu akn menyapa sape yg mencarinya, iAllah..dan doa yg paling agung ialah doa memohon petunjuk n hidayah dr Allah s.w.t.."Segala puji bagi Allah yang Telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk..."(7:43)..wallahua'lam..
Doa mi semoga sya dapat rasai kemanisan iman itu.Sya kena berdoa banyak-banyak dan berusaha mendapatkan hidayah itu seperti yang huda cakap tu..
Sy suka sgt baca all ur post, sgt2 interesting n mengingatkn and kadang2 touching jgk...byk blajar dr cni..Thanks a lot...May Allah Bless you...
Semoga nanti dah kerja pun terus berusrah.Masa dah kerja lagi la terikat dgn dunia.Lagi memerlukan usrah ni.
Kaklong,
kawan aku tu dah balik temerloh.Nanti aku tanya2 kalau ada sesiapa bawa usrah di area puncak jalil/bukit jalil/puchong
aah awak laa..huuuu
~teruskan melangkah...
~may Allah bless u...
~salam ukhwah dari bumi sakura
salam ukhuwah..