Pelbagai

Bismillah,

Minggu ini penuh kegembiraan dan ketenangan. Bermula daripada kedatangan dua orang sister Brunei yang belajar di Surrey hinggalah kepada berita (atau cerita) yang disampaikan kepadaku semalam.Minggu lepas selepas mengalami sedikit 'kefuturan', Allah bantu untuk meningkatkan semula iman ini dengan adanya Qiyamulail bersama WidadMunisah dan juga kedatangan sister Brunei serta Tazkiyatun nafs yang aku dapat dari Talk Dr Gavin. Alhamdullliah... Allah itu Maha Penyayang. Aku sangat merasakan kasih sayangNya.

Ketika di depan Kaabah, dan di dalam Raudah aku ada berdoa untuk orang-orang yang tertentu yang dekat padaku dengan menyebut namanya supaya diberi hidayah oleh Allah. Orang-orang tersebut bukanlah orang yang sentiasa berbuat kemungkaran. Cumanya, aku berdoa agar orang-orang ini merasakan apa yang aku rasa sekarang. Rasa betapa manisnya iman dan rasa tidak mahu melepaskan hidayah yang Allah berikan.

Alangkah gembiranya di hati apabila dalam beberapa minggu ini, aku dapat merasakan doa aku itu dikabulkan kepada beberapa orang yang kudoakan. Mungkin masih awal untuk mengatakannya, tetapi aku nampak tanda-tanda perubahan kepada orang-orang itu.Ya Allah, semoga mereka genggam hidayah yang engkau berikan, dan tetapkanlah hati mereka.

Aku ingin membuat promotion di sini. Memandangkan ada beberapa orang bertanyakan bagaimana nak dapatkan usrah di Malaysia, InsyaAllah aku sudah bertanyakan sahabatku dan alhamdulillah aku rasa aku boleh membantu mereka yang nak join usrah ni. Cumanya, kalian yang berminat perlu hantar details berikut : Alamat, no telefon dan email dan emailkan kepada ku di : ixmim@yahoo.com.

Mungkin di Malaysia, kita rasa kita sangat sibuk. Sempatkah usrah ni? Sempat atau tidak semuanya terpulang pada diri sendiri kerana padaku kesibukan itu tidak akan habis sampai bila-bila pun.Sebelum ni aku pernah menulis mengenai keberkatan masa. Bagaimana Imam Nawawi yang memang sangat sibuk tu masih mampu menulis banyak sangat buku. Masa itu sangat subjektif. Allah boleh membuatkan kita merasakan masa itu panjang atau pun masa itu sangat pendek tetapi masih dalam kiraan 24jam. Semuanya adalah kerana keberkatan masa yang digunakan itu. InsyaAllah, kalau kita berusaha untuk membaiki diri dan mencari redha Allah itu, Allah akan melapangkan masa kita. Walaupun anak berderet, kerja menimbun tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Banyak-banyaklah berdoa pada Allah.Aku akan cuba membantu setakat yang aku boleh InsyaAllah...

Aku menyeru agar kawan-kawan terus berusaha membaiki diri. Terus mencari hidayah Allah itu. Jangan putus-putus berdoa. Kita hidup di dunia ini tidak lama. Cukup-cukuplah menjadi robot di dunia ni yang setiap hari bangun pergi kerja, pukul 5 balik kerja, balik rumah makan, tengok tv, main dengan anak kemudiannya tidur. Esok pun aktiviti yang sama. Weekends pula duk rumah main dengan anak atau pergi tengok wayang atau pergi shopping. Rutin yang sama dilakukan untuk 365 hari. Sibuk memenuhkan poket dunia tetapi poket akhirat dibiarkan koyak rabak tidak berisi sangat.Cukup-cukuplah menjadi hamba kepada dunia, sibuk hendak mengikuti arus fesyen semasa, sibuk untuk menjadi orang yang pertama mengetahui berita terkini artis atau dunia hiburan, sibuk mahu mendapat barangan jenama supaya orang tak pandang lekeh pada kita.Perlukah semua itu? Kenapa pandangan manusia yang kita mahu kejar, sedangkan pandangan Allah itu kita kesampingkan?

Jika ditakdirkan sebentar lagi Allah menjemput kita, Sudah bersediakah?

Comments

MRCD said…
Imam Syafie membahagikan masa hidupnya satu pertiga untuk beribadat,satu pertiga untuk berehat, satu pertiga untuk kerjaya. Inilah antara contoh2 terbaik untuk kita. Mungkin kita tidak sehebatnya tetapi kita kena ada visi dan misi untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari dan inilah panduannya secara umum.
Mimiamilia said…
Yup, betul.Thanks.
Kadang-kadang kita underestimate diri sendiri.Takkan tahu kalau tak cuba..so baiki diri sebaik mungkin..insyaAllah
trendymuslimah said…
salam ziarah :)