Cinta di Harmain (final)

Beza Madinah dan Mekah adalah ketenangan dan hiruk pikuknya. Madinah lebih tenang. Ramai yang mengakuinya. Namun, Mekah tetap mempunyai sesuatu yang tidak dapat diganti dengan apa sekalipun. Separuh hati ini sudah ditinggalkan ni Makkah Mukarammah.

"Nanti jangan lupa doa jodoh Mi di Raudhah"

Itu pesan mama bila aku menelefonnnya. Risau anak daranya yang seorang ini masih belum bertemu jodoh sedangkan usia sudah semakin bertambah. Diri sendiri? Aku sudah melepasi fasa risau itu. Sekarang sememangnya berserah kepada Allah sahaja. Doaku semoga Allah kurniakan jodoh yang baik dan memahami diri yang telah menyerahkan jiwa dan raga kepada jalan dakwah ini. 

 Di Madinah aku berpeluang ke Raudhah sebanyak tiga kali. Berbekalkan kesabaran yang tinggi kaki ini dapat menjejak karpet hijau penanda kawasan raudah (kawasan lain karpet berwarnna merah). Walau sebegitu ramai manusia berhimpit mencari ruang di dalam Raudhah, aku rasa sangat beruntung kerana Allah sentiasa memberi ruang kecil untukku bersujud. Masa menunggu untuk masuk ke Raudhah ini sangat lama. Aku sempat mengajak adik-adik serombongan denganku bermain kuiz Al Quran sambil menunggu giliran dipanggil. Bertanyakan kisah-kisah nabi yang terdapat di dalam Al Quran disamping mengupas beberapa ayat sebagai tazkirah pendek untuk mengisi waktu kami yang panjang.

Di Masjid Nabawi juga aku bertemu dengan seorang Makcik  yang baik dari Syria. Ketika itu aku sedang menghafal juz amma dan dia menegurku. Dia suruh aku perdengarkan hafalan kepadanya. Segan pun ada...Makcik ni betulkan tajweed dan bacaan ku yang tak berapa betul. Sesungguhnya Allah telah membaca hatiku. Beberapa minit sebelum itu, ada seorang minah arab ni dan makcik dari malaysia saling betul-membetulkan bacaan Al Quran.Dalam hati terasa alangkah seronoknya jika ada orang yang boleh ku tasmikkan bacaan.  Nah! Allah terus beri makcik Syria ini kepada aku.

Jayid! 

Makcik tu kata tajwid aku bagus. Ala....tak dapat mumtaz (cemerlang). Dapat baik jer....hiii...

Ketika di Madinah juga kami berpeluang pergi ke kawasan Medan pertempuran perang Uhud. Teringat Lagu Hamzah Asadullah nyanyian inteam. Aku cuba membayangkan keadaan peperangan ketika itu. Hurm...dapat bayang sedikit sahaja sebab kawasan tersebut sekarang  penuh dengan jualan-jualan.

Hari terakhir di Madinah sungguh menghibakan. 

"Rasulullah, kami nak pergi ni. Nanti kami datang lagi" Kata Murni sambil melambai ke arah makam Rasulullah. Comel jer. 

Dalam hati rasa sedih yang amat.InsyaAllah aku akan kembali....izinkan aku YAaAllah menjadi jemputanMu sekali lagi.




Comments

yatie chomeyl said…
bestnya aka dh dpt gi sana. insya Allah nnti ytie nak gi dgn hubby & baby pulak. :)
Salam..Dapat mengunjungi rumah Allah adlh nikmat yg tak terhingga bg setiap Muslim...Waktu bonda sy berpeluang pergi ke sana pun dia tak putus2 mendoakn supaya anak2nya pun dapat berkunjung kesan suatu hari nnt...Semoga saya juga diberi peluang utk pergi kesan..n telah menetapkn tekad, dah mula kerja nnt, kumpul duit, tmpt pertama kena pergi adalh Baitullah..Semoga dipermudahkn segala urusan..May Allah Bless You..Catatan pengalaman yg cukup menyentuh rasa n tentunya menDAMAIkan HATI...nur
Cerita bonda said…
bestnya mie baca story hg ni.... rasa cam nak sgt pegi... byk benda yg aku nk carik kat sana nanti...
Mimiamilia said…
yatie,
paling penting adalah berdoa selalu agar jd jemputan Allah.doa sungguh2 insyaAllah...

Nur,
Faktor wang dan masa bukanlah penyebab pergi atau tidak seseorag itu ke sana. Ini semua adalah jemputan Allah. Yang paling penting Nur berdoa banyak-banyak agar Allah menjemput Nur dan dimudakan perjalanan Nur ke sana.Akak mengambil masa 3 tahun untuk memenuhi keinginan ini walau masa dan wang bukanlah masalahnya.
InsyaAllah, pengharapan kepada Allah itu lah kata kunci pada segala tindak tanduk kita.Semoga Nur dapat menjejakkan kaki di Haramain..Amin.

My sarah dear,
Tetiba aku rasa sayu bila teringat hang. MAsa aku doakan untuk hang aku pun nangis sekali.Mungkin sebab perjalanan hidup kita sebelum ni sama dan alhamdulillah sekrang kita jadi seseorang yang berbeza. Nikmat yang Allah bagi pada kita sangat besar.MAsih ada masa untuk bertaubat atas kesalahan lalu. AKu memang doakan hang untuk dpt dtg ke sana. InsyaAllah, mungkin ada sesuatu yg hang cari yg dpt hang temui kat sana.
imaaaanj said…
salam k mimi...

uuuu....mencurah air mata bile pkir pasal haramain..allahu akbar.. perjalanan yang bnyk mengajar mun.. huhu...

jzkk akak for the sharing, sedikit sbnyk terubat rindu pada haramain..

wassalam
mun yg curik gun acc iman
Mimiamilia said…
nanti pergi lagi yer mun...best nyer haramain..