Celaru

Dulu, aku pun celaru. Semua campur sekali. Pagi ni solat, petang karang pi mengumpat. Tengahari solat, kejap lagi pergi dating. Celaru..celaru. Selalu buat benda 'contradict'. Aku tengok semua orang pun ramai yang celaru. Macam mana yer, buat tarian-tarian tu yang konon mempromosikan negara tu bukan benda berdosa?(dulu pun aku jenis tak kesah, sebab sendiri pun celaru).Macam mana yer, mengaku muslim tapi semua benda pun sibuk nak buat macam jahiliyah buat.(Apa jahiliyah? yang bukan Islam tu semua jahiliyah.So, fikir-fikir la).Moden la konon. Macam mana yer, dah faham aurat tu mcm aurat kita nak bersolat tapi masih bangga nak tunjuk rambut yang cantik, tak pun pakai baju yang membalut bukan menutup.(Allah maybe ada dekat sejadah jer kot? huuuu..) Celaru..celaru.

Bukan nak angkat yang aku ni baik. Sebab aku pun salah seorang yang celaru ni dulu dan mungkin saki baki celaru aku tu masih ada. Tapi sekarang, bila dah sedar sikit, bila fikir kecelaruan disekeliling aku, rasa tanggungjawab macam besar sangat.

Apa makna Islam yer? Apa maknanya korang ni seorang Muslim. Adakah dengan tertulisnya agama Islam dalam kad pengenalan tu boleh masuk syurga. Nanti di akhirat, bila ditanya amalan, tunjuklah kad pengenalan tu.kan? huuuu....

Adakah dengan solat, puasa, bayar zakat dah kira muslim habis boleh masuk syurga? Wallahualam...tu hanya Allah yang tahu. Tapi, apa maknanya solat dan puasa korang tu kalau benda-benda lain yang ditegah masih sibuk korang buat. Apa maknanya solat kalau sibuk kilik pakwe ke hulu ke hilir. Apa maknanya solat kalau sibuk jaja cerita orang. Apa maknanya solat kalau sibuk nak cari baju seksi lagi mengancam. Huh...celaru..celaru..


Aku pun dulu claim dah faham Islam ni. Rupanya aku masih tak cukup faham. Dulu memang takde matlamat hidup melainkan nak kawin, ada anak, kerja baik dan lengkap semuanya untuk hidup di bumi. Dulu, matlamat nak dapat redha Allah tu macam tak terfikir je. Tahu syurga dan neraka. Tapi tak rasa apa pun.(korang dapat rasa ke sekrang bahawa korang nanti masuk syurga atau neraka?tak terbayang kan? tak nampak depan mata sebab tu tak kesah!). Hidup tu dikuasai oleh hawa nafsu dan keinginan duniawi. Bila susah jer cari tuhan. Betul tak ramai orang yang sama situasi dengan aku ni dulu?

Pernah tak terfikir tanggungjawab Muslim itu besar? Bukan kerja-kerja amal makruf nahi mungkar tu kerja jabatan agama jer. Bukan kerja orang yang belajar agama jer.Kita bukan nak baik untuk diri sendiri jer. Orang Muslim ni hidup untuk orang lain. Cuba bayangkan, setiap muslim tu berfikiran macam ni. " Ala, nanti orang lain buat la dakwah. Tu bukan kerja aku. aku jadi baik sorang-sorang pun dah cukup." Kalau semua orang Muslim pun fikir macam tu, dan jadi baik sendiri-sendiri, kesianla orang yang tak faham tu.Kesian la minah2 bohsia tu.Kesian la mat-mat rempit tu.Kesian semua semua orang pun.(Sebab ramai yang tak faham Islam kan?).


Faham tu satu hal..tapi, bagi orang yang faham..macam mana nak approach orang tak faham? Kalau tahap adik-adik ok lagi.Tapi kalau tahap makcik-makcik,kakak-kakak PhD camner yer? Tu yang aku sedang fikir..huuuu..nanti sambung lagi.nak kena buat kerja PhD.

Comments

"Tahu" dengan "Faham" adalah dua bende yang berbeza... "Faham" dengan "Beriman" juga dua bende berbeza, betul tak?

dan kalau i tak silap, ada hadith Nabi s.a.w. yang mengatakan lebih kurang bermaksud bahawa Islam pada mulanya ganjil, maka penghujungnya juga ganjil, kan? look around you! my first hand experience, try bela jambang, boleh katakan 90% orang yang jumpe i lepas i ada jambang cakap samada i nak jadik taliban, wahabi, terrorist etc.. and trust me, those labels aren't the positive ones! ^_^ itulah mentaliti orang melayu secara am nya...

dengan arus pemodenan negara kita skarang, memang susah untuk lawan godaan2 yang datang tuh, most of us will fail... sbb tuh kita patut bersyukur bila Allah s.w.t akhirnya berfirman bahawa Dia akan ampunkan SEMUA dosa kecuali syirik...

anyway, thank you for a nice entry.. sets me thinking, u did... ^_^
mimiamilia said…
Justin (Takmo panggil Oj dah..no good maa..hiii)

Thanx for ur comment. Yerp..islam datang dalam keadaan dagangdan kembali dalam keadaan dagang (asing). Dan orang yang nak mempertahankan islam ni dipandang asing (ghuraba).

Tahu dan fahamm yes..agreed..berbeza. Faham dan iman juga berbeza. Tapi iman tanpa amal..its nothing! zero1 nyilek!!! bukak la quran.perkataan iman mesti datang selepas itu amal.Ramai yang mengaku dah beriman tapi takde amalan. Iman dia hanya sia2.

Dengan arus kemodenan sekrang, we should hold our quran and sunnah very2 tight.Try our best to find persekitaran yang baik (biah solehah), kawan dgn orang2 yg soleh.belajar agama (it must!!!)

because, in front of God, takkan nak guna reason sebab arus moden ni menyebabkan saya buat dosa. And yes dosa syirik tak diampunkan dan dosa lain InsyaAllah dgn rahmat Allah akan terampun.Tapi who knows, dosa yang bukan syirik yang kita buat tu lebih banyak dari kebaikan.terus timbangan senget sebelah. Terus dihumban ke dalam neraka.Dah habis pembalasan baru masuk syurga.huuuu siapa nak duk dalam neraka walau microsaat pun :)

Apapun, we should try our best mencari redha Allah...
noted, sister..

and no, we should not use the reason "arus pemodenan" , neither in front of God nor in this current Earth. apa yang i nak sampaikan adalah kita, Muslims, dah banyak terdedah kepada anasir2 negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam kita. Without a strong faith, (and by strong I mean REAL STRONG) we can't uphold our religion well.

and remember the "wahn" hadith? Muslims akan ramai tetapi mereka semua adalah "wahn" , and when the sahabah ask "what is wahn?" the prophet replied "likes the foam of the oceans.." i forgot the full narration, but I believe you have your own sources to these kind of things, ya? ^_^

anyway, prophet Muhammad s.a.w have already prophesied our current situation. we will be trampled down, mocked, joked, humiliated etc, but do not fret! we are the majority, coz Abdullah Ibn Mas'ud says that the majority are those who upholds the Quran and Sunnah, even though he is alone.. ^_^

and nape taknak panggil OJ? awww man.. T_T