Bertambah tahun..bertambah tanggungjawab

Tahun baru telah menjelma. Selamat datang 2010.Sungguh aku takut dengan kedatangannya. Kali ini sungguh berbeza. Aku langsung tidak punya nafsu untuk sambutan tahun baru. Ku singkap tahun 2009 ku. Tiada satu pun yang aku dapat banggakan.

"Akak, apa turning point akak yer?"
Soalan yang sama akan ditanya oleh adik-adik yang kulihat sangat tulus hati mereka. Aku malu. Aku ketika di usia mereka, masih hanyut dalam dunia angan-angan ku. Masih sibuk kejar cinta manusia. Tapi mereka sangat berusaha mengejar cinta Allah.

Buat pertama kalinya, aku rasa tiada kemeriahan tahun baru. Tiada ucapan Happy new Year yang ku ucapkan kepada kawan-kawan. Aku sibukkan diri ku membuat perancangan hidup untuk 2010. Aku perlu tampung semula, perlu kejar semula masa-masa yang telah ku bazirkan. Sudah cukuplah zaman bershoping, zaman bersuka ria, zaman melancong tanpa tujuan, zaman berinternet tanpa manfaat, zaman menonton tv menonton siaran yang membuang masa, zaman baju singkat, t-shirt pendek membuka aurat, zaman baju konon mengikut trend, zaman bermanja-manja dengan lelaki yang kononnya berjanji sehidup semati, zaman yang aku hanya kejar adalah dunia.

Kau hitung purata umur umat Nabi Muhammad, kau tolak dengan umur kau sekarang. Berapa tahun yang masih tinggal untuk kau jadikan dunia ini jambatan akhirat.Untuk aku, jika di izinkan aku ada 36 tahun lagi. Tapi jika ditakdirkan aku pergi lebih awal, adakah aku sempat mengumpul amalan ku untuk mencapai redhaNya?

Aku kini melalu fasa pentarbiyahan diri. Aku dengan rela hati merendahkan ego ku kepada mereka yang lebih muda agar aku dapat sama-sama mengecap kemanisan iman. Kau tahu, bukan mudah untuk aku merendahkan diri kepada mereka yang lebih muda ini untuk mentarbiyahkan ku. Bukan mudah untuk aku membiarkan mereka ini menyusun perjalanan tarbiyah diri ku. Bukan mudah...

Aku syukur tuhan telah memadamkan segala perasaan egoku. Tuhan beri kekuatan pada diriku. Aku tunduk...aku tunduk dengan kekuasaan Allah, bila di depan mataku sendiri, ku lihat manusia berubah. Ku lihat manusia yang mengenal tuhan dan faham tujuan hidup mereka berubah menjadi insan yang hebat.

Aku pun ingin bersama-sama mereka. Berpimpin tangan masuk ke syurga...
Aku juga ingin bersama-sama kawan-kawan ku yang lain, ingin memimpin tangan mereka, menarik mereka untuk sama-sama melangkah ke syurga. Mahukah kau sambut tangan yang ku hulur ini?

Jika kau faham niat ku ini...kau tidak akan mempersoalkan apa yang aku lakukan sekarang.

Comments

wardatussyifa said…
terbaiklah akak.. i like! ;)
izfa said…
terasa tersentuh..thanks k mima & sama2 berharap menjadi yang lebih baik d 2010 :)
Mimiamilia said…
roza,
semoga segala yang terbaik untuk kita...:D

izfa,
insyaAllah...semoga Allah beri ruang lagi untuk kita baiki diri
MRCD said…
Tahniah. Inilah Satu Bentuk Penghijrahan Yang Kita perlu Buat Kerana Tiada Lagi Penghijrahan Seperti Pada Zaman RASULULLAH S.A.W Dahulu. Moga yang Diidam-idamkan Tercapai Dengan IzinNYA
Mimiamilia said…
semoga diri thabat..ya allah takutnya hati ini dibolak balikkan..