Alhamdulillah

Alhamdulillah, murah rezeki. Hari ni adik naqibah belanja makan di Persian Restaurant. Belanja makan sempena gaji pertamanya (gaji tak dapat lagi tapi belanja in advance sebab saya nak balik Malaysia dah).

Kami makan Dolmeh (nasi /pulut yang digulung dgn daun anggur) Kashke Badenjam (Terung goreng dan walnut lenyek dgn bawang goreng dan rempah) dan roti Naan. Main course pula kami pilih Kebab Bakhtiari (kebab ayam dan kambing marinated with saffron dan dihidangkan dengan nasi dan salad yang lazat).


Gambar kat atas tu amik dari website.Yang kami makan...


Untuk minuman kami minum jus apple dan air teh di dalam teko khas..


Alhamdulillah...kenyang! Thanks Aisyah!

Malamnya (siang lagi, pukul 8.00 pm) kami ke masjid meraikan saudara baru yang melafazkan shahadahnya. Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepadanya. Berada di kalangan saudara baru ini kita dapat rasakan semangat mereka untuk belajar dan mendalami agama. Kita yang sememangnya lahir sebagai Islam kadang-kadang tak dapat merasai nikmat iman seperti yang mereka rasa. Kita selalu take for granted!

Comments

adik naqibah :) said…
wah.. baru nak kagum dengan kamera kak harney... rupa2nya gambar website... cessss!!hehhehe...

lepas akak balik sini nanti bolehlah kita jalan2 cari makan eh....:)

PS:tembamnya saya!!!
azya said…
sis, balik bila? puasa dan raya kat mesia yer??
Mimiamilia said…
adik naqibah,
huhuhu...best best..jalan2 cari makan.

ani,
next week balik malaysia..aah posa n raya di malaysia.
:D
soliloquy said…
nasi dalam daun anggur tu besenya ktorg panggil mahsyi kat sini...
ustazah buat best giler :P
iu rf said…
uwah.. x ajak.. :P
Mimiamilia said…
iu, kalau ajak nanti u habiskan sumer..ekkeke