Ahlan 2013!

Salam,

Lama tak menulis.Banyak cerita nak kongsi. Tapi masa tak ada.. (konon bz sgt!)

1. Disahkan kandungan di luar rahim. Alhamdulillah baby tak develop. Kalau tak mungkin kena buang tiub. InsyaAllah tahun 2013 akan terus cuba dapat baby.

2. Masa scan rahim, doktor jumpa cyst. Alhamdulillah selepas 2 bulan bertemu doktor semula, cyst dahhilang. Diet sepanjang 2 bulan adalah : tak makan ayam, makan ikan jer. Minum jus tok guru di awal pagi. Makan herbalife, makan suplement GLA. Jadi tak tahu yang manakah menyumbang kepada pengecutan cyst. Mungkin sebab tak makan ayam.Sekarang ni makan ayam organik jer.

3. Dakwah dan Tarbiyah ada ups and downs. Usrah memang down gila-gila. Naqibah bersalin, usrah senidir pula semakin mengcil bilangan anak usrah. Lepas kahwin, boleh kira dgn jari berapa kali berusrah. Sorang anak usrah mengundur diri atas sebab komitmen kepada suami. Sorang lagi berpindah ke Tanjung Malim. Sorang lagi berkursus 3 bulan di luar Penang.Tinggal lah 2 org. Yang sorang sibuk buat preparation nak kawin. sorang lain selalu MIA.Mungkin sendiri pun banyak khilaf, iman jatuh. Semoga tahun 2013 akan terus berusaha tajmik student usm pula.

4. Aktivisme pula semakin melaju. Sejak jadi JK wanita negeri selalu terlibat dgn program. Paling seronok adlaah handle program Aulad. Walaupun ramai ajk tarik diri saat akhir, Allah membuktikan bahawa keikhlasan pasti akan membuahkan sesuatu. walaupun hanya berempat, Kem Aulad berjaya dengan gilang gemilang hingga peserta request utnuk buat lagi tahun depan. Thank you Allah! yang mengaturkan segalanya.

5. Alhamdulillah dah register syarikat sendiri. Plan nak jual buku agama dan pakaian muslimah dan brgn kanak2. Website lama dah buat. tak upload product lagi. InsyaAllah looking for shop to rent. Doakan!

6. Kehidupan sebagai isteri sangat serook selama 6 bulan ini. Alhamdulillah suami seorang yang ceria! jadi diri pun ceria. Makan pun jadi kuat. Badan bertambah berkilo2...

Insyaallah tahun ni nak kembali menulis.Ada banyak perancangan. Moga Allah beri kemudahan....

Comments

sweet tooth said…
Smg tercapai segala impian untuk 2013....amin...