Hobi saya membaca.



Bismillah,

Antara misi tahun 2015 adalah untuk kembali membaca. Dengan membaca akan dapat banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Hari ni saya baca satu buku yang menarik.


Pra kata pun sudah buat kita banyak berfikir. Buku ini bertemakan "Dengan semangat Iqra, Memugar Budaya Ilmu".

Ya, Iqra! Kalam Allah yang pertama diturunkan.

Dato' Dr. Siddiq Fadzil dalam ulasasannya melahirkan kehairanan bagaimana umat Islam yang tahu perintah pertama agamanya adalah iqra' tetapi berada dalam kelesuan budaya ilmu. Lihatlah kemunduran umat Islam kini. Kita boleh refleksi diri dengan pembacaan Al Quran. Adakah semata-mata motif untuk ta'abuddiy yang sekadar ritual mencari pahala? Pembacaan pasif tanpa tadabbur? Tanya pada diri sejauh mana kita merenung dan menangkap mesejnya secara responsif?

Kegagalan kita dalam pembacaan Al Quran ini yang membawa kepada kemunduran umat ini.

Perintah Iqra' ini telah berjaya mengubah bangsa Arab dan juga dunia. Barat hari ini terhutang budi dengan ketamadunan Islam yang mementigkan keilmuan yang menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi.Namun, itu adalah masa kegemilangan Islam yang lalu.

Hakikatnya, umat kini sangat lesu. Siddiq  menulis sekiranya mahu dibangkitkan umat ini, Maka, semangat Iqra' perlu disegarkan. Semangat Iqra' adalah ghairah merebut ilmu demi pengabdian kita kepada Allah. Sumber Ilmu adalah daripada Allah.

Di bab pertama, persoalan yang menarik muncul.

"Apakah Hobimu?"

Pelabgai jawapan kita perolehi bila soalan itu ditanya.

"Hobiku mengumpul setem. Hobiku menonton television"

Ada juga menjawab,

"Hobiku membaca"

Penulis melahirkan kehairanan akan jawapan ini.Satu persoalan dilontarkan.

'Apakah benar sekiranya seseorang menjawab, Hobiku minum air. Padahal setiap orang minum air? Bukankah minum air itu satu keperluan?

Maka, sama juga dengan membaca. Membaca itu satu keperluan. bukan Hobi!

Membaca bukan hobi tapi adalah konsep hidup. Iqra'! Perintah pertama yang perlu dipandang serius. Perintah yang mengubah penduduk dunia.

Kita sepatutnya merenung kembali kisah penurunan wahyu. Kenapa Iqra? Kenapa Baca? Bukan betulkan Akhlak? atau bukan perkara lain?

bersambung...

Comments

Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.