Hari yang penat. Dia mengeluh. Dia menyeluk poket baju sebelah kanan, sejambak kunci dikeluarkan. Diseluk pula poket sebelah kiri. Alhamdulillah, £5 dalam genggaman tangan. Duit terakhir yang ada padanya. Tengahari tadi, duit di banknya sudah 'selamat' dipotong untuk pembelian mesin basuh. Tak terlarat membasuh tangan.
Dengan berbaki £10 yang ada dia keluarkan buat belanja sehari dua. Kini hanya tinggal £5. Hujung bulan masa jauh untuk sampai. Moga Allah murahkan rezeki. Itu doanya. Tidak ada tempat lagi untuk bergantung harap. Allah pemberi rezeki. Kenapa perlu minta pada yang lain?
Kakinya melangkah ke kedai daging halal.
"Bagi saya satu pasang 'chicken leg' ya"
Pakcik pemotong daging menimbang dan memotong chicken leg ke bahagian yang kecil. Selesai sahaja dibegkan, pakcik hulurkan ayam bersama bil untuk pembayaran. £1.02.
"Owh! boleh beli sayur. Duit masih ada baki lagi". Hatinya gembira melihat bil itu.Selesai membayar harga ayam di kaunter, dia melangkah pula ke Garden Fresh, kedai sayur dan buah.
"Nak beli apa yer dengan wang berbaki £3.98 ni?" tanya pada diri sendiri.
Dicapainya sebijik bawang besar, 5 biji tomato cherry, segenggam kacang panjang, dan segenggam cili. Cukup. Dalam kepala sudah terbayang semua sayur ini akan dimasukkan ke dalam kuali dan digoreng dengan udang kering. Mesti sedap!
Dia melangkah ke bahagian buah-buahan. Sedapnya bau manis buah plum. Sedapnya buah pisang kaki. Tapi bila melihat duit di tangan.Hasrat untuk membeli buah dibatalkan. Nanti kalau tak cukup, naya jer!
Dia ke kaunter untuk membayar harga sayur-sayuran yang dibeli. Pakcik di kaunter menimbang. Cili berharga 1p. Hola! Yang lain-lain bila ditambahkan berjumlah 86p. Aha! murahnya!
Oleh itu perbelanjaan hari ini adalah : £1.88
Dia pulang ke rumah Cik Zee bersama ayam dan sayur-sayuran dengan gembira. Hidangan untuk hari ini , ayam goreng kunyit dan kacang panjang+tomato goreng udang kering berharga £1.88 untuk dua orang makan. Sungguh menjimatkan!
£5-£1.88 = £3.12
Masih ada baki untuk hari esoknya! Rezekinya masih ada.
Tit..Tit... Bunyi sms masuk.
"Boleh bagi no akaun. Nak bayar balik hutang..."
Alhamdulillah..dari £3.12 kini sudah bertambah...cukup untuk sampai hujung bulan. :)
Esoknya, telefon berbunyi.
"Akak dah kira jumlah buku dan xx tu. Semuanya £XX.Bagi no akaun. Akak nak bayar balik.
Alhamdulillah. Makin bertambah! Memang cukup sampai hujung bulan.
Bukankah jika kita hanya mengharapkan pada Allah, Allah akan mencukupkan keperluan kita? Bukankah kalau kita bersyukur, Allah akan tambah lagi rezeki dariNya?
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan [2:245]
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan) [11:6]
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar) [13:26]
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya [17:30]
Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa [20:132]Benarlah kata-kata Allah...
p/s: Jangan cepat mengeluh bila berada dalam kesempitan. Yakinlah dengan pertolongan Allah.
Comments
Perumpamaan (nafkah yg dikeluarkan oleh) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(2:261)..
Rezeki Allah bg InsyaAllah ada di mana-mana dan tak terhitung nilainya...dan kadang2 didapati tanpa disangka2...May Allah Bless...-nur-
100% trust to Allah. letakkan diri pada dia.insyaAllah dia akan permudahkan urusan kita
http://www.mahadizan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=51:doa-murah-rezeki&catid=9:tazkirah&Itemid=24
tapi bila dia dtg unexpected. sgt seronok kan. alhamdulillah. Allah tu sgt dekat. :D
Tq for sharing the dua...
sas,
Alhamdulillah :)