Jaga hati

Di kala ini, terasa rinduuuuuuuuuuuu sangat untuk berada di hadapan kaabah. Hati rasa melankolik. Tak tahu petanda stress atau apa ( I have 2 weeks to finish one part of my PhD before my family vacation in early May). Tapi yang pasti bila teringat Mekah dan Madinah mesti nangis. :(  Ya Allah, nak pergi sana sekarang boleh tak?

Perkara yang paling dipelajari ketika di sana adalah dalam soal menjaga hati dan sentiasa meminta keampunan dari Allah dengan beristigfar. Itulah amalan yang cuba aku istiqamah. Rasa beruntung kerana kebetulan masa sampai di Glasgow Ahad lalu, aku terkunci di luar rumah gara-gara tertinggal kunci di London . Alhamdulillah housemate masih di London. Sementara menunggu kepulangan housemate di malam hari, aku berteduh di rumah kawan. Berkesempatan membaca buku Travelog Dakwah Prof Kamil. Alhamdulillah...buku itu umpama pelengkap kepada perjalanan umrahku.

Buku tersebut mengingatkan aku apa yang perlu dilakukan selepas pergi umrah ni? Apa yang patut kita buat? Adakah amalan ibadah di Haramain itu hanya di sana?Alhamdulillah, buku itu mengingatkan diri supaya istiqamah dengan ibadah. Mungkin sepatutnya selepas umrah ini solatku patut lebih khusyuk kerana boleh membayang Kaabah yang sebenar. Amalan Istigfar harus diteruskan. Sabar juga perlu sentiasa. Oh..banyak lagi.

Soal menjaga hati adalah sesuatu yang paling sukar. Jika di Haramain, apa yang terlintas terus dpt cash di sana.

Hati oh hati...
Suatu masa dahulu, ada seorang kawan menasihatkan supaya aku kurangkan tengok tv untuk menjaga hati. Alhamdulillah...aku cuba mengikut nasihatnya. Thanks Sarahani.. its really works! Terasa hati terjaga sedikit.
Selain tu, of course kena selalu baca Al Quran. Berada di majlis ilmu dan selalu ingat mati.

Seriously sekarang memang tak tahu langsung perkembangan hiburan.Semoga diri terus istiqamah!
Owh, jangan salah faham...bukan mahu menunjuk amalan ke apa, cumanya nak share supaya mungkin boleh diamalkan oleh orang lain juga. Tiada niat nak riak atau menunjuk. (Ya Allah, jangan lah kau terbitkan rasa riyak dalam hati ni....)

Dua tiga hari ni ada sesuatu yang mengganggu hati..
Ya Allah, ampunkan dosaku..ampunkan dosaku..
Tenangkan hati ini
Jangan kau serahkan diriku ini kepada ku walau sekelip mata.
Astagfirullah..astagfirullah

Comments

betul kak mimi,elakkn dr watch cter yg tah ape2.tp bleh je nk hilangkn bosan kte tgk2 cter islamik..mcm cter sang murobbi..sgt best..kak mimi tgkla nti..
moga kita same2 istiqamah ye kak mimi.
rnduu kak mimi
nisa tgk tiket ke glasgow mcm murah je..hehe
leh ke nk dtg glasgow?
hihiihi
Mimiamilia said…
salam nisa,
akak dah tgk sang murabbi tu berkali2 kot..memamng best..ehehe

meh la dtg.sebelum beli tiket bgtau tarikh dulu.takut nanti clash dgn aktiviti kat sini. :)

rindu kat awak :)
rainah said…
Mi, lagu nasyid opick ada kata, ubat hati ada 5 perkara;
Yang pertama: Baca Quran & Maknanya
Yang Kedua: Solat Malam dirikan
Yang Ketiga: Berkumpulan dgn orang2 soleh
Yang Keempat: Banyakkan berpuasa
Yang Kelima: Zikir malam berpanjangan....

sekadar untuk berkongsi sbb suka dgn lagu nie.
Mimiamilia said…
Thanks rai
even selalu dgr pun kekadang lupa...
:)