Menulis

Bismillah,

Sudah lama tidak mencoret di sini. Rasa kekok. Rasa pelik.

Itu tanda memang sudah lama tidak menulis. Menulis memerlukan latihan dan pembacaan. Malangnya, Kedua-dua pun tidak begitu diambil perhatian semenjak pulang ke Malaysia.

Sudah hampir 3 tahun pulang.

Sememangnya, sejak kembali ke sini, jarang saya bercerita mengenai bumi Scotland itu. Tidak bercerita untuk tidak berasa rindu. Bila rasa itu datang, saya sibukkan diri dengan kerja-kerja di sini.

InsyaAllah akan kembali menulis di sini. Biarlah selepas ini lebih istiqamah. Biarlah coretan akan datang dapat memberikan sesuatu kepada pembacanya.

Jumpa di entri seterusnya :)

Comments

sweet tooth said…
welkam back!!! :-D