Kegembiraan

Salam Jumaat..penghulu segala hari.

Lama dah tak menulis di sini. Alhamdulillah, kehidupan semakin bahagia, semakin bermakna.

Kerja dakwah nampaknya agak slow selepas raya ni. Nak mendapatkan momentum untuk kembali aktif tu agak mengambil masa. Memang kena bermujahadah.

Kehidupan selepas berdua ni sangatlah berbeza. Kalau dulu, nak pergi mana-mana pun boleh pergi sesuka hati. Sekarang, nak pergi mana-mana perlu dirancang teliti. Semoga ini menjadi tarbiyah agar lebih tersusun kehidupan.

Berita gembira... little khalifah is on the way. Walaupun awal lagi, mohon doa dari semua agar segalanya selamat. Masih menunggu lagi dua minggu untuk scan walaupun dalam hati merasakan little khalifah dah nak masuk 5 minggu atau lebih. Sebenarnya, ini berita yg sangat mengejutkan. Saya baru habis seminggu lebih datang bulan. Kebetulan, setiap bulan memang hobi baruselepas kahwin adalah membeli pregnancy test. Selepas pulang dari kenduri Rayyan, terasa macam nak test la pulak. Dan...tada!!! two obviously lines appeared! Bukan line yang samar-samar. SO tell me..adakah saya baru dua minggu kalau line sgt obvious macam ni?


Dua kali test resultnya sama... Suami memang terkejut jugak dapat berita ni since dia on medication, kami fikir chances untuk dapat anak tak begitu tinggi. Tapi.."Kun Fayakun" Bila Allah kata nak jadi maka pasti akan terjadi. Kami berdua sujud syukur dengan berita ini

Tapi, Sarah kata, maybe HCG level very high ( kalau twin..HCG level tinggi sikit). To get confirmation on this pregnancy, kami pergi jumpa doktor dan buat test sekali lagi. Memang positif. Tapi doktor kata awal sangat  untuk scan.

Saya masih tak puas hati sebab tak tahu dah berapa minggu. So I did another test using Clearblue digital yang ada indicator and got this result


So, dia tunjuk 3+ ( thats the highest indicator..takde pula 4+ or 5+). Jadi, masih tertanya-tanya adakah masa datang bulan tempoh hari dah pregnant. Takpe, will see masa scan nanti....tak sabar nak tunggu.

Sementara tu, badan dah start changing the normality. Alhamdulillah, saya takde morning sickness buat masa ni. Harapnya berkekalan la sampai baby keluar. Cumanya, perut ni asyik berangin sampai tahap saya tak boleh bangun sebab angin duk cucuk2 perut. Mula-mula panik jugak sakit-sakit ni. Then bila jumpa doktor dia check kata perut banyk angin. Tapi nak ken*ut pun susah jugak. Semalam dah start sembelit...pukul 2 pagi asyik terjaga badan tak selesa..huuuuuuu...

Suami sambil urut saya sambil beri tazkirah. Sakit yang Allah bagi, sebab nak bagi kita banyak pahala...sebab Allah sayang kat kita, nak hapuskan dosa-dosa kita..

Kerja rumah pun saya dah amik cuti jap. Tapi tu la, tak puas hati kalau sendiri tak buat. Lantai tu rasa mcm nak mop selalu. Last week mop jugak..habis jer mop, bila tengah rehat2 ada kuar spot darah. Terus tobat takmo buat kerja berat dah...

So, 8 months ahead terpaksala pejam mata tengok rumah bersepah...huhuhu

ok..nanti update lain, insyaAllah update ummi wannabe as daie pulak..illa liqa'

Comments

Cerita bonda said…
yes dear, hg kena pejam mata. biar je sampai at least ur pregnancy reach 2nd trimester. take care and eat well
ilya_afirina said…
kakmimi,
aku pun sama, biar kan umah bersepah bagai, nanti 2nd trimester baru cantik balik, tp dh masuk 6 bulan dah tak buat dah...tak larat nak buat semua...sampai la anak dh balik umah, umah gitu juga. xbole nak bersih kan...ahakz
- said…
Subhanllah bestnye...
Walaupun tak kenal tapi nak ucap tahniah..
Ana sudah setahun lebih berumah tangga, tapi masih belum punya rezeki...
doakan ana ye..
Syukran jazilan..:)
Mimiamilia said…
salam laili..insyaAllah saya doakan laili dikurniakan zuriat yang soleh/solehah. Sebenarnya saya dah lost my pregnancy sebulan lepas due to ectopic pregnancy..insyaallah Allah is the best planner :)