Terima kasih cikgu!

Salam..

Tiba-tiba rasa melankolik. Teringat zaman kanak-kanak di sekolah rendah selepas mendengar lagu-lagu ciptaan Zubir Ali (Penantian,Doa, balada anak kecil). Lagu Balada anak kecil itu benar-benar membawa aku kembali ke bilik darjah 5 Mawar. Teringat Cikgu Ghazali mengajarkan kami lagu ini ketika sesi unit beruniform di sekolah. 18 tahun yang lalu! Cepat sungguh masa berlalu. 

Zaman sekolah rendah adalah zaman yang paling seronok. Jadi taiko sekolah, semua benda pun nak sapu (masuk semua pertandingan, dari melukis, bahas, bercerita, nasyid, netball, hinggalah ke pertandingan nyanyian.Tapi paling tak berbakat adalah pertandingan nyanyi..hihihihi). Ada dua orang best friend ketika itu. MArlyana dan Nurlina. Kami ada pokok sendiri. Waktu rehat kami akan duduk bawah pokok tu sambil makan bekalan yang di bawa. Orang lain tak boleh ambil pokok tu! (kan nama pun taiko)

Owh, I still remember our passcode bila berjumpa. Dengan cara salam yang tersendiri and we were going to say "Sherizulkarnaaaain!" Don't ask me what is the meaning of that so called passcode because we don't even know..Mana ntah dapat perkataan tu. Kelakar nyer ( sorry la tau semua yg baca pun tak rasa kelakar...tgh syok sendiri mengenang zaman silam)

Sekarang, Marlyana dah jadi cikgu. Nurlina pula duduk nun di hujung sana di Sabah sebagai surirumah sepenuh masa dan juga businesswoman.Tahun lalu eh, tahun 2009 yang lalu (Wah! sudah 2011!!!!) ketika pulang berhari raya di Malaysia, terserempak Cikgu kesayangan kami di sekolah rendah. Cikgu Ghazali. Raut tua nya jelas kelihatan. Terus diri ini terasa...I am old  now!!! Kematian itu sudah semakin menghampiri.

Ini mengingatkan aku, adakah sudah cukup preparationnya untuk menghadapi kematian itu...Dah sedia ke? Belummmm!!!! banyak sangat kesalahan ni. Semoga Allah ampunkan..

Untuk cikgu, memang banyak yang telah aku pelajari darimu...Kau adalah sebahagian daripada kejayaanku ini. Terima kasih cikgu! 


P/s: Lagu paling digemari hasil karya arwah Zubir Ali adalah lagu Penantian..mengingatkan pada seseorang...

Comments

naimisa said…
Lagu ini sebahagian daripada kegemaran saya.
soliloquy said…
macam Ebiet G sikit2 eh :)
kangazi said…
boleh juga ....