Alhamdulillah, dah selamat berada di Malaysia. Dah selamat makan ikan bakar, durian, mee rebus...hehehe. Cuma tak jumpa lagi adik-adik yang tercinta kat sini. Sahabat tercinta pun tak dicontact lagi.. :)
Hari ni mcm rasa neves semacam. Tatau la kenapa..Takkan sebab nak drive kot? rasa macam tak...
Kehidupan ini kita memang sukar menduga apa yang akan berlaku. Selalu sangat tak sama dengan apa yang kita sangkakan. Kadang-kadang, nak elak rasa kecewa, we prepared for the worst. So, sekiranya apa yang berlaku tu memang salah dari yang di sangka..tak la kecewa sangat.
Di sini pergantungan kepada Allah itu sangat-sangat perlu. Kita patut tahu bahawa Allah mahukan yang terbaik sahaja untuk kita. Memang kadang-kadang apa yang kita inginkan itu kita tak dapat. Sebab itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Jadi, perlu redha dengan apa yang Allah nak berikan pada kita.
Redha itu bukannya sesuatu yang mudah. Sabar dan Redha. Bila redha, tiada penyesalan, tiada kesedihan. Pertimbangan akal dan hati yang bertunjangkan kepada tauhid Allah, akan membuahkan perasaan ini. Redha ini sukar dicapai oleh ramai orang. Tanya pada hati, mungkin banyak perkara yang berlaku terutamanya yang kita sangka buruk pada kita, kita hanya bersikap sabar. Tapi tidak redha.
"Hanya mengingati Allah, maka hati akan menjadi tenang".
Memang benar!
Ketenangan mana lagi yang kita boleh capai, melainkan dengan ingat pada Allah. Sesuatu yang terjadi itu Allah yang tentukan, yang terbaik untuk kita. Ketenangan mana lagi yang boleh dicapai jika tidak turut disertakan dengan redha...
Di pengakhiran perjalanan ini, yang kita harapkan juga adalah redhaNya...kerana dengan redha Allah maka kita akan berjumpa dengan kekasih yang kita cintai itu. Pernah tak hati rindu bertemu Pencipta???

Comments