Kehidupan

Salam,

Kehidupan ini benar-benar mengajar aku. Kini, aku akui kebenaran bila orang kata 'makan garam dahulu'. Pengalaman hidup seseorang itu sesuatu yang berharga yang boleh dijadikan oleh manusia lain sebagai panduan. Usia ini yang semakin bertambah, dan hati ini yang semakin 'sejuk'. Darah muda yang dulu bergelora kini sudah damai dan tenang. Kehidupan ini benar-benar mematangkan diri.

Di sekeliling ku pelbagai episod kisah manusia yang dipertontonkan. Kadangkala, aku juga terlibat menjadi pelakonnya. Ketika di dalam hati tercuit melihat rakan-rakan lain satu persatu meninggalkan zaman bujang, Allah memperlihatkan ku pelbagai keadaan bila hidup berdua. Banyak sangat aku belajar. Dari yang manis-manis, hingga ke yang pahit-pahit malah ada yang pahit teramat itu juga aku diletakkan Allah untuk bersama-sama merasainya walaupun sedikit. Aku hanya mampu mengeluarkan kata-kata kepadanya untuk memberi ketenangan sementara. Yang memandangnya pun berat, apalagi yang memikul. Apa yang mampu aku katakan, pintalah pertolongan Allah.Hanya dia dapat memberikan pertolongan.

Hari ini juga, belajar sangat banyak dari orang yang lebih 'senior' dalam dakwah dan tarbiyah. Mendengar pahit manisnya berdakwah ketika di kampus dulu, tercicir, singgah di jemaah lain dan kini alhamdulillah ingin bersama-sama kami kembali menguatkan saf dalam memperjuangkan agama Allah. Betapa dia merindui kehidupan sebagai seorang 'akhawat'. Kemanisan tarbiyah itu yang terus mengikat dirinya untuk beristiqamah di jalan ini.Muhasabah kepada diri sendiri....kadang-kadang takut jika tidak dapat bertahan. Sekarang masa single bolehlah kita menentukan ke mana arah mahu pergi, bila berdua nanti pasti banyak cabaran. Lebih-lebih jika pasangan bukan di 'barisan' yang sama...(note: tidak ada kena mengena dgn barisan nasional atau barisan pembangkang dan yang seumpama dengannya..:) ). Sekarang di UK, mungkin tak 'hanyut' dengan kehidupan yang selesa seperti di Malaysia.

Apapun, sebenarnya semuanya terletak pada diri sendiri. Tak kira berkahwin dengan ikhwah ker, dengan orang biasa ke, mahupun dgn org luar biasa dan kalau tercampak di bumi mana pun...semuanya terletak pada kesungguhan diri sendiri untuk meneruskan tarbiyah itu. Kita boleh larikan diri dari tarbiyah ini. Kita boleh larikan diri dari dakwah ini. Tetapi, dakwah tidak akan rugi..dakwah itu akan terus dipelihara oleh Allah. Yang rugi adalah diri sendiri. 

Semoga Allah terus tetapkan hati di jalan ini. Tak kira walau di mana, sampai bila-bila..doakan I will stay as 'Usrah Girl' forever...InsyaAllah... Amin!

p/s: huhuhuhu muka ganaz! kena bagi sopan sket nih...

Comments

Cerita bonda said…
mimi..

bila balik 27 hb ke? take care.. jgn terlepas flight pulak..
Mimiamilia said…
samapi malaysia 28...huhuhu haru jer kalau terlepas flight nih