Iman dan Amal

"Mi, macam mana nak rasa kemanisan iman tu? Orang selalu kata manisnya iman. Aku takla jahat, buat je yang Allah suruh. Tapi tak rasa pun manisnya iman tu?Macam mana nak rasa?"
Aku bukanlah orang yang layak untuk memberi jawapan. Kerana aku juga insan yang sangat 'struggle' untuk memastikan iman sentiasa naik dan terjaga dan jika ia futur, bukanlah ia jatuh merudum..
"Mula-mula kita kena naikkan iman kita dengan melakukan banyak amalan. Baca Quran tu penting. Setiap hari pun kita kena baca.  
Iman itu membenarkan di dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan. Tiga elemen yang perlu ada. Jika setiap hari kita bersolat, tanpa mendatangkan keikhlasan hati dan rasa tawadhuk kepada Allah adakah kita rasa kelazatan solat itu? Pakej solat kita tidak lengkap selagi mana kita melakukan ibadah solat cukup sekadar menjadikannya sebagai rutin harian.Begitu juga dengan ibadah lain. Berzikir, puasa, sedekah dan sebagainya perlu niat seikhlas hati kerana Allah.

Apa yang penting adalah membina dan meningkatkan iman di dalam diri. Sebab itu aku beri jawapan di atas. Di atas pengalaman diri sendiri, setelah diri mula insaf, amal ibadah aku cuba sempurnakan dan tambah dengan amalan sunat. Ternyata ia sangat membantu! Sebab itulah naqibah  dalam usrah sangat particular dengan mutabaah amal ini. Kerana amalan ini yang mengikat hubungan kita dengan Allah, yang membaiki lantas meningkatkan keimanan kita. 

Selain meningkatkan amal ibadah,seboleh-bolehnya kita cuba untuk bersama-sama orang yang soleh dan orang yang dapat mengingati kita tentang Islam. Melihat orang lain sibuk mengejar pahala, dapat memberi motivasi pada diri untuk menjadi seperti mereka juga. Duduk di dalam usrah juga sangat-sangat membantu dalam hal ini.

Selagi kita tidak beramal selagi itu kita tak merasakan kemanisan iman. Setiap ayat di Al Quran yang mengandungi perkataan iman mesti mempunyai pasangannnya iaitu amal yang menunjukkan amal itu patut hadir bersama iman. Beriman dan beramal soleh.Semoga kita sentiaa dilapangkan masa untuk beramal soleh...amin!

Comments

MRCD said…
Mimiamilia, saya tambah sikit dengan petikan dari hadis nabi riwayat Bukhari & Muslim : “Tiga perkara yang barang siapa terdapat ketiga-tiga perkara itu padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.”
Mimiamilia said…
haa..baru betul..jazakillah atas perkongsian :)