Kehidupan

Kehidupan aman tenteram seminggu yang lalu sudah berlalu. Kini kembali sebagai pelajar, daie, kawan, dan anak (yang pening-pening plan vacation untuk familynya..hihi).

Tanggungjawab yang pertambahannya berkadar langsung dengan pertambahan usia. Minggu ini sahaja hampir setiap hari ada meeting untuk program dakwah dan usrah. Minggu ini juga berhempas pulas nak catch up balik kerja-kerja PhD yang ditinggalkan seminggu dan juga mula menulis report. Minggu ini juga nak plan perjalanan percutian keluarga yang akan tiba 1 May nanti. Minggu ini juga nak menyelesaikan hal ehwal rumah yang dipohon di sini.

Alhamdulillah, bulan 6 nanti kami bakal kembali ke Charles Street. Kembali ke tempat pertama yang dituju ketika menjejak kaki di Glasgow. Rumah murah ala PPRT yang selesa untuk aku dan housemate menghabiskan 6 bulan lagi di UK. Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik dah nak dekat 4 tahun di UK. Teringat masa sebelum dapat datang ke UK. Aku berdoa banyak sangat nak merasa duk kat UK. Alhamdulillah Allah makbulkan. Kedatangan diri ini ke UK pun banyak mengubah diri sendiri. InsyaAllah perubahan yang lebih baik. Begitu cantik perjalanan hidup yang Allah tentukan ini.

Doakan kesudahan yang baik untuk aku di sini. 7 bulan lagi untuk siapkan semua. Ya Allah permudahkan!

Comments

Ejalz said…
Mimi, tinggal lagi 7 bulan jek ... ya allah, cepatnya masa berlalu... terasa baru jek Mimi sebut kisah phd nih.. semoga segalanya berakhir dengan penuh kejayaan.. insyaAllah..
Kay said…
sekejap je kan! insyaAllah, semoga Mimi dipermudahkan segala urusan! :)

lg setahun mungkin kay baca kisah mimi di universiti kita plakkan!
Mimiamilia said…
salam kak ejalz,
yer..cepat masa berlalu..
dah nak habis..doakan saya.

kay,
InsyaAllah..
doakan tau!