Berilah peringatan...

Bismillah,

Takut tak kalau sebut perkataan dakwah? Apa yang akan dibayangkan kalau sebut pendakwah? Ustaz?Ustazah?Yang pakai tudung labuh?Yang pakai kopiah/serban?

Seperti mana penyakit 'allergy' pada 'usrah' begitu juga pada dakwah. Ada orang yang sangat allergy dengan orang yang suka mengajak kepada kebaikan. Ayat balasan kepada golongan penyeru kebaikan pencegah kemungkaran ini biasanya..

"Kubur masing-masing, nak sibuk-sibuk kenapa?"

atau pun

"Kehidupan individu itu hak milik peribadi, jaga tepi kain sendiri dah la.."

Alahai, sedihnya dengar!

Semalam, ada kawan minta pendapat bagaimana caranya nak menyelesaikan masalah pelajar-pelajar yang nakal, degil, dan bermasalah di sekolahnya. Yang paling sedih bila diberitahu bahawa pelajar-pelajar ini rata-rata mempunyai masalah keluarga yang bapa tak solat, kaki botol, kaki judi dan sebagainya. Dan mereka ini adalah MUSLIM dan tinggal di kampung-kampung.

Sedih tak?

Sebagai tambahan, ustaz-ustaz PAFA(or Kafa?) kat sekolah tu pun tak buat apa. Hurm..sedih...

Sungguh mencabar!

Maksiat di mana-mana, jahiliyah di mana-mana. Fuh!!!

Dalam siri Halaqah di TV9 yang lalu, Ustaz ada sebut yang maksiat berlaku kerana :

1) Kesihatan yang baik ( Kalau sakit macam mana nak bermaksiat kan?)
2) Masa lapang yang tak terisi dengan perkara yang berfaedah (Sangat betulll!)
3) Pengaruh media massa yang buruk
4) Tiada yang hendak berbuat amar makruf nahi mungkar

Tak perlu tunggu jadi ustaz/ustazah, amar maaruf nahi mungkar itu perkara yang wajib dilakukan. Lagi-lagi dengan keadaan dunia sekarang yang maksiat itu menyesakkan dada kita. Menyeru manusia kepada Allah itu tanggungjawab setiap individu...
 Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! (Al Muddaththir, 1-7)
Mereka yang memberi peringatan, ingatlah..kita juga perlu membersihkan jiwa, akhlak dan amalan kita juga. Dakwah kita dakwah penyelamat. Menyelamatkan diri kita dan menyelematkan orang lain... Jika kita tidak memberi peringatan, bagaimana kita hendak mendapat momentum untuk mengingatkan diri sendiri seterusnya membersihkan diri kita? Maka, janganlah jemu memberi peringatan...

Comments

soliloquy said…
ustaz/ustazah tu cuma title.
tapi Islam tak perlukan sume title tu untuk bergerak. Islam tetap dgn originalitynya :D
Orang Jahat said…
penat je type, tiba2 ilang.. T__T

memanglah kubur masing2, tapi bila mati nanti, yang nak kene mandikan orang lain, yang nak kene kapankan orang lain, yang nak kene kebumikan orang lain jugak..

kalau orang yang dok pk kubur masing2 nih, cakap dia, kalau mati nanti, kau mandikan diri kau sendiri, kau kapankan diri kau sendiri, lepas tuh kau kebumikan diri kau sendiri...

haiya... cakap tarak pk..

sorry, i memang hangin bila orang dok pk "kubur masing2"...
nida' ul-iman said…
salam kak..nak amik entry ni and post kt org2 lain ya? ^_^

jzkk..

rindu kt akak!