Bermusafir

Saya hendak menjawab pertanyaan semua.Sebenarnya, saya akan bermusafir ke Mesir Ramadhan ini ,InsyaAllah. Lebih tepat lagi pada 24 September hinggalah 19 Oktober. Buat masa sekarang, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Tiket sudah saya beli, cuti sudah saya ambil, izin dari ibu bapa pun sudah saya pohon. Tinggal urusan visa yang belum dibereskan. Saya tanya pada seorang kawan di Mesir, katanya tak perlu visa. Boleh buat bila sampai kat airport. Tapi, dua hari lepas saya terbaca di sebuah blog yang penulisnya menghadapi masalah untuk berlepas dari UK ke Egypt disebabkan tiada visa. Apapun, baik saya buat jer visa tu untuk elakkan dari berlaku sebarang masalah.

Tujuan utama ke sana bukanlah untuk melancong. Sekadar nak tambah ilmu yang banyak kurangnya pada saya ni. Nak memperbaiki bacaan Quran dan belajar semula Bahasa Arab.( pernah belajar kat sekolah dulu. Tu pun sket jer, kertas Bahasa Arab untuk PMR yang saya ambil waktu tingkatan 4 pn dapat gred D saja.) Masa untuk belajar memang sangat singkat. Saya ada 3 minggu sahaja.Tapi, saya ada plan untuk datang lagi. Kedatangan pertama ini mungkin akan disusuli dengan kedatangan seterusnya.InsyaAllah, kalau dizinkan tuhan. Belajar Bahasa Arab secara intensif bersama 'private ustazah' selama 3 minggu mungkin tak cukup bagi saya untuk bertutur dalam bahasa itu dengan baik. Doakanlah saya boleh datang lagi ke sana. Hajat di hati biar belajar sampai boleh membaca kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama. Hingga boleh faham Al Quran.

Ada orang tanya, kenapa tak belajar di Malaysia sahaja? Kan ada banyak pusat bahasa yang boleh saya pergi untuk belajar Bahasa Arab. Bagi saya, belajar di mana pun sama sahaja asalkan diri tu hendak belajar. Tapi kalau belajar di Mesir ia sebagai bonus untuk diri sendiri untuk menambah pengalaman belajar di negara orang. Negara orang takkan sama dengan negara sendiri. Pasti banyak pengalaman boleh saya dapat. Saya juga nak rasa bergaul dengan ustazah-ustazah kat sana. Mesti banyak ilmu boleh saya kutip. Doakanlah pemergian saya ke sana tidak sia-sia.

P/S : Teringat kata-kata kawan Libya saya. "If you really serious with Islam, you should learn Arabic!" Cabaran itu saya sahut, kerana saya memang serius dengan agama ini.

Comments

Azhar Ahmad said…
Kamu mampu untuk berbuat itu... Kami mungkin tidak. Allah s.w.t. memberi kesempatan kamu. Manfaatkan sebaik mungkin... Saya hanya mampu mendoakan, kamu selamat pergi dan balik.... Nanti, kongis-kongsikanlah.. Ilmu yang disebarkan lebih bermakna dari yang disorokkan...
akirasuri said…
mi!
pasti boleh.
insya-Allah.
penguasaan bahasa arab sudah pasti akan menjadi suatu bonus untuk seseorang itu.
untuk lebih memahami.
menghayati islam.
insya-Allah.

moga perjalanannya selamat.
doa untuk mi ada dari tanah Malaya ini.

:)
Mimiamilia said…
Azhar,
doakanlah ek. InsyaAllah, ilmu itu akan dikongsi bersama.

Ati,
InsyaAllah boleh. Terima kasih!
Nurul said…
mimi..kagum nya ngn semangat mimi tu..semoga selamat pegi n kembali n dapat belajar ngn baik..amin
fizz said…
kak mimi...tuntutlah ilmu selagi terdaya..semoga berjaya ...
Mimiamilia said…
kak nurul,
takde apa nak dikagumnya ehehe.org lain punya semangat lagi tinggi.apapun,doakan saya...

fiza,
Fiza pon sama. Kalauada peluang belajar la lagi.Bukan setakat belajar bidang yg kita ceburi ni je.Luaskan lagi bidang ilmu tu..
AsLiNa said…
seronoknya dapat belajar arab dan tajwid.. kak as pun doakan mimi selamat, sihat dan ceria sepanjang kat sana..
Anonymous said…
Siru a'la barakillah.
moga perjalanan diberkati Allah


aini308
SoFie NuR said…
wah..bestnye blaja bahasa arab..rasenye dah 6 thn diri ini meninggalkan bahasa arab after 8 thn blaja kat skolah n skrg ni rasenye byk yg dah lupe..(T_T)

kalo de rezeki,mmg plan nk blaja blk bahasa arab..

nway,gud luck..
RATNA RAHIM said…
Gud Luck...semoga perjalanan kak mimi mendapat berkat dariNya..

psstt cik bawang fail kertas bhs Arab time PMR dlu...hehe