Pintu harapan

Selagi pintu itu terbuka..
pergilah..

Walau selautan dosa pernah kau lakukan,
Walau pernah kau hidup di lembah yang hina,
Walau dulunya kau melupakan Dia.

pergilah..
kejar cintanya.
Kerana pasti Dia tidak berpaling..
kerana Dia..

"Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikatNya(memohon keampunan untukmu),
agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang beriman" (33:43)

kerana Dia
pemilik pintu itu..
sebuah pintu
pintu harapan.

p/s: Selesai menonton dalam mihrab cinta (sambil2 menulis tesis). Cerita yang sarat dengan pengajaran..

Comments

soliloquy said…
baru lepas tengok jugak~ ;)

hikhik

nak komen untuk entry bawah sekali, nanti banyak sangat komen. haha. :P
semoga dipermudahkan urusan.
psstttt, apakah plan itu? :P