Bila Cik Zaa beritahu 'dia' sudah bersedia, aku agak rasa terkejut. Takut keputusan yang di ambil ini agak terburu-buru. Dua hari sebelum itu, aku minta Zaa bawanya berjumpa kawan-kawan yang lain di masjid SUMSA. Alhamdulillah, kawan-kawanku yang pelbagai lapisan bangsa dan negara di masjid itu sangat membantu untuk dia membuat keputusan.
Maka, semalam secara rasminya dia sudah kembali kepada fitrah. Fitrah agama. Menunaikan kesaksian ketika di alam ruh, bahawa tiada yang dua. Hanya Dia yang satu.
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Selamat kembali Aisha.
Aisha, 25 Ramadhan 1431 H
Itulah nama pilihannya. Gadis katolik dari Portugal mencari-cari tuhannya. Alhamdulillah dilorongkan Allah ke jalan yang benar ini. Ketika dia berada di sebelahku, melafazkan syahadah, sudah tergambar tanggungjawab yang aku dan Zaa bakal galas kerana kamilah orang yang paling hampir (muslim) dengannya buat masa ini. Bukan mudah dan semoga Allah mudahkan.Doakan kami....doakan untuk Aisha juga.
Comments
nur, takut juga dgn tanggungjawab ni. tapi alhamdulillah dpt sokongan dr komuniti malaysia di sini dan juga kawan2 lain.semoga aisya akan bertambah imannya...
-kazumi_ikaika-