Jam menunjukkan 12 tengah malam. Sudah setengah jam aku membalik-balikkan badan, sesekali aku gesel-geselkan kaki di atas tilamku yang empuk itu untuk menghasilkan haba bagi memanaskan kaki yang kesejukan. Aku terasa seperti ada angin bertiup di hujung kaki. Sejuk.Tapi pelik. Tingkap bilik berada di tepi kepala katil. Dari mana pula datangnya angin kesejukan ini.
Otak ku sudah ligat berfikir. Aku bukan fikir tentang hantu atau yang sewaktu dengannya. Di fikiranku tiba-tiba terbayang kedatangan malaikat maut. Jangan engkau tanya bagaimana rupanya malaikat maut itu kerana sekuat mana pun aku cuba membayangkan tapi bayangan itu tak termuncul di fikiran ini. Aku mula membayangkan cara aku menghadapi maut yang bakal menjelma. Bayangan jika aku kemalangan dan maut. Bayangan jika aku sakit dan menemui maut. Bayangan duduk di dalam kubur berseorangan pun juga menjelma. Tiba-tiba aku merasa sangat takut. Takutnya untuk menghadapi MATI.
Takutnya jika aku ditanya "Siapa tuhanmu?", dan aku tidak dapat menjawabnya. Soalan yang jika kau menghafal jawapannya di dunia ini belum pasti kau boleh menjawabnya di alam barzakh nanti. Fikiran aku mula membayangkan aku duduk berseorangan. Tiada kawan-kawan, tiada keluarga. TIADA SESIAPA pun!Takutnya!
Aku mula menghitung amalan ku selama hidup di dunia ini. Adakah solatku diterima? Tiba-tiba aku teringat kuliah di Sumsa Jumaat lepas mengenai khusyuk. Entah berapa kerat solatku yang diterima Allah. Masalah khusyuk itu selalu timbul. Huzaifah bin Yaman pernah berkata :
“Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.”
Astagfirullah, sebenarnya aku rasa tertampar ketika mendengar kuliah tersebut. Aku muhasabah diri ini. Menilai kekhusyukan diriku. Bukan setakat khusyuk solat, malah khusyuk ketika membaca Quran dan ibadah yang lain. Khusyuk kah aku? Ali bin Abi Talib kata, Khusyuk itu letaknya di hati. Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.Khusyuk itu tunduk dan takut [Asy-Syura:45,Al hadid:16]. Khusyuk itu sifat orang berjaya [Al Mu'minun:2]. Khusyukkah aku? Ya Allah masih banyak perlu ku perbaiki diri ini.
Kesejukan terus menusuk ke tulang. Fikiran aku masih ligat berputar.Aku cuba menghitung-hitung jika ditakdirkan aku dijemput Allah malam ini, berapa banyakkah amalan yang ku bawa menghadapNya? Sikit! amat sedikit!! Aku mula terasa hendak menangis. Aku bolak balik kan badanku serba tak kena. Ku tekan keypad telefon bimbitku. MasyaAllah! sudah pukul 1: 40 pagi. Malam semakin sejuk. Mahu tidak mahu aku bangkit membuka 'sleeping beg'ku untuk menjadi 'duvet' lapisan kedua.
Aku berdoa kepada Tuhan, agar dia memberiku masa untuk aku membaiki diri, mempersiapkan bekalan yang masih lagi sedikit ini agar aku pergi menemuinya sebagai orang yang BERJAYA.Ku baca 2 surah pelindung, Ku lafaz shahadah tanpa henti hingga aku hanyut dibuai mimpi....
Comments
semalam pun ada sorang my fren citer pasal mati ni..isk..sekrang mana2 pun terpikir pasal mati.Tula..kena berusaha lebih giat menambah amalan yang sedikit ini :(
Hari selasa lepas sempat terdegar simple talk by ustaz zawawi@IKIM fm ttg bagaimana untuk tahu jawapan kat dalam kubur.share skit yer...ustaz tu kata, kalu kita nak tau macam mana nak jawab soalan siapa tuhan kamu,di dunia ni kita kena baiki Agidah kita, tetapkan iman and apa yg kita dah buat untuk kenal Allah..then pasal rasul pulak, ada tak kita di dunia ni ikut ajaran sunnah Rasulullah and bila ditanya tentang petunjuk, kita kena tahu, didunia nisejauh mana kita jadikan al-Quran sebagai petunjuk kita., berapa byk yg kita amalkan ajaran2 dalam Al-Quran and seberapa byk kita faham ttg nya..wkttu, diri ni rasa teruk sgt sbb walaupun hari2 baca al-Quran rasanya tak byk yg sy amal kan..and kak, sy ade problem ttg khusyuk jugak, bukan dalam solat jer, tp waktu mengaji jugak ang bila benda2 yg simple mcm waktu nk solat sunat ke apa ker..sy cuba elak, tp kdg2 susah sgt...sy tak tau macam mana nak buat, sampaikan kadang2 saya rasa apa yg sy buat semuanya sia-sia jer, Allah terma ke tak ni...sedih jgk..Hope akan lebih baik lepas ni..doakan untuk sy yer..May Allah Bless..Tq..nur
Apa yang penting adalah usaha.Allah akan tgk usaha kita kan?Jadi, kena terus berusaha untuk khusyukkan diri.Terus berusaha menambahkan amalan.InsyaAllah..usaha yang kuat tidak akan disia2kan..