Tiba di Malaysia

Salam,

Dikala entri ini ditulis, seisi rumah di Malaysiamasih enak dibuai mimpi. Mata saya sebenarnya masih dipanggil-panggil untuk tidur. Di Glasgow baru pukul 10 malam. Nak dekat dah waktu tidur. Tapi disebabkan dah tidur dari pukul 9 waktu malaysia tadi, bila terjaga pukul 4.30 pagi rasa susah nak tidur. Salah sendiri. Dalam kapal terbang leka tengok movie sampai lupa nak tidur. Tertidur [un dalam 2 jam daripada berbelas jam perjalanan tu.

Kronologi perjalanan hingga ke airport ada dalam blog housemate. Malas saya nak update balik kat sini.

Perjalanan dari Glasgow ke Dubai tak banyak menarik. Sebenarnya flight tak penuh pun.Seat sebelah saya pun kosong tak terisi.Selesa sket kalau nak buat 'acara kuak lentang' dalam flight. Sebelum naik ada jugak berangan minta-minta la ada mamat hensem dan peramah duduk kat seat sebelah.Hihihi..

Sampai di Dubai, seperti biasa shuttle bus akan ambil penumpang dari tempat kapal terbang di parking. Kali ni dibawa ke terminal baru. Masa jejak di terminal baru tu macam confuse-confuse sket (kali terakhir naik emirates ialah pada raya tahun lepas). Dah la kena naik turun escalator dan lif untuk ke gate penerbangan seterusnya. Tak terpikir pulak nak amik gambar terminal baru tu.

Penerbangan dari Dubai ke Kuala lumpur pun tak ramai. Seat sebelah saya kali ni kosong. Aktiviti me'movie'kan diri diteruskan. Touch down KLIA pada pukul 3 dan ketika itu kaklong dan kakcik dah tunggu di KLIA. Semasa menunggu bagasi yang lama gila nak keluar, saya disapa dengan seorang lelaki India. Dia ajak borak.Masa borak-borak tu boleh terpikir kepada Huda edin. Huda ni suka lelaki India.Dia kata lelaki india ni comel.Lelaki India yang berborak dengan saya pun dalam kategori yang sama.Hihihi.

Alhamdulillah beg yang penuh cokelat tu selamat juga sampai di Malaysia. Semasa menunggu kaklong di pintu ketibaan, saya sekali lagi disapa seseorang.

"Ha, sudah sampai juga kamu.Kamu ni neng ya?"

Eks?saya buat muka confuse bila mamat indon ni terus jer sesuka hati badak dia tegur saya.

"Eh, bukan." Saya balas.Dia terkejut, terus dia blah malu.

Ces! muka ku ini muka Indon yer? Bukan sekali orang pernah tegur ingatkan Indonesian..sudah banyak kali dong!!!

p/s: Selamat menyambut Ramadhan. Semoga bulan ini kita lebih dekat kepada Allah..InsyaAllah

Comments

khairyn said…
huhuhu alhamdulillah selamat sampai.

Mi, buat pertama kalinya Masjid Glasgow ikut majoriti - kami puasa hari Sabtu huhuhu

Cis melepas la niat ai nak eid mubarak dalam perjalanan ;p
areT said…
selamat berpuasa